Ayam Goreng Kunyit Rangup Di luar, Juicy Di Dalam

Kalau ayam yang anda goreng hasilnya kering dan tak berjus, anda wajib cuba resipi ini. Sangat simple tapi hasilnya lazat tak terkata.Inilah dia Ayam Goreng Kunyit rangup di luar,juicy di dalam.Memang puas hati makan.

AYAM GORENG KUNYIT

Bahan-bahan:
1 ekor ayam potong ikut kesukaan anda (saya potong 16)
5 sudu garam untuk dibancuh dengan air (saya guna garam bukit)
2 gelas besar air
2 sudu kecil serbuk cili
4 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil garam untuk digaul sebati sebelum goreng (jangan banyak nanti masin)

Cara memasak:

1.Rendam ayam dengan air garam minima selama sejam. Lagi lama lebih sedap.
2.Letak dalam chiller peti ais.
3.Sebelum goreng bilaskan dulu dengan air.
4.Lumur dengan serbuk kunyit dan garam dan serbuk cili.
5.Goreng seperti biasa, sebaiknya sampai ayam tenggelam.
6.Hasilnya dapat isi yang juicy dan berkilat.

Kenapa perlu di rendam dengan air garam?
1. Brining ayam bukan sahaja menambah kelembapan untuk ayam, menjadikannya
bagus dan berisi, ia juga membantu mencegah daripada menjadi kering apabila
anda memasak. Hasilnya adalah ayam yang lazat, lembap dan berair.
2. Brining bukan sahaja memberi kesan tekstur dan juiciness ayam anda, ia juga
memberi kesan kepada rasa. Beberapa jam dalam air garam yang akan membiarkan
garam menembusi jauh ke dalam daging ayam, meningkatkan rasa semulajadi.

Selamat mencuba, dah cuba sekali pasti nak buat dan buat lagi.

Kredit:
Ahmad Humaizi
Masak Dari Dapur Al Hamra
TTDI Grove Kajang

Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan pelbagai resipi terkini yang mudah & enak di laman web RASA

Resipi Asam Pedas Ikan Kembung Lemak Yang Sedap, Seminggu Sekali Mesti Masak

Asam Pedas Daun Kesum Meletop Rasa

Asam Pedas Johor, Buat Pekat-pekat Makan Dengan Nasi Putih. Kuah Banjir Boleh Hirup Sampai Licin

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply