Lebih 1300 Jemaah Haji Meninggal Dunia Tahun Ini Menunjukkan Kesan Serius Perubahan Iklim

Musim haji untuk telahpun tamat dengan terdapat 1.8 juta jemaah melakukan ibadah rukun Islam kelima tahun ini. Namun begitu tidak semua yang pergi berjaya kembali semula ke negara asal. Menurut kenyataan rasmi Tabung Haji, seramai 14 warga Malaysia meninggal dunia setakat ini disebabkan faktor usia dan kesihatan. Tetapi secara keseluruhan 1301 jemaah meninggal dunia sepanjang musim haji tahun ini dengan majoritinya disebabkan oleh cuaca panas melampau.

Menurut angka rasmi yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan Arab Saudi, daripada angka ini 83% adalah jemaah Haji yang tidak berdaftar dam melakukan ibadah menggunakan visa pelancongan. Suhu di Mekah mencapai 51.8° Celsius tahun ini disebabkan oleh impak perubahan iklim. Tidak seperti jemaah berdaftar, jemaah tanpa permit khas perlu berjalan lebih jauh di bawah matahari yang terik dan tidak mendapat akses kepada kemudahan seperti khemah dengan pendingin hawa yang disediakan oleh kerajaan Saudi.

Kaabah-Mekah-Saudi

Negara yang mencatatkan kematian jemaah tertinggi ialah Mesir dengan 658 kematian dengan 630 daripada jumlah ini adalah jemaah yang tidak berdaftar. Sungguhpun begitu Kementerian Kesihatan Arab Saudi turut mendedahkan telah memberikan rawatan kepada lebih 465,000 jemaah termasuk 141,000 kepada jemaah yang tidak berdaftar.

Perkongsian angka rasmi ini dilakukan selepas tular di media sosial video jasad jemaah yang meninggal dunia dibiarkan di tepi jalan dengan dakwaan kerajaan Arab Saudi tidak memberikan bantuan kecemasan apabila dihubungi.

Perubahan iklim kini telah mendatangkan impak ke atas ibadah penting agama Islam dan ia akan menjadi semakin serius sekiranya langkah tidak diambil dengan segera. Bulan Mei 2024 mencatatkan suhu purata tertinggi sejak rekod mula diambil dengan ia 1.52°C lebih tinggi berbanding suhu sebelum zaman perindustrian bermula. Malahan suhu purata tertinggi dicatatkan selama 12 bulan berturut-turut.

Baca lanjut di Amanz .


Posted

in

,

by

Tags:

Comments

Leave a Reply