Isteri Tak Sanggup Bermadu, Suami Walaupun Mampu, Jangan ‘Tambah Cawangan’ Sebab Nafsu

Isteri tak sanggup bermadu, suami walaupun mampu, jangan ‘tambah cawangan’ sebab nafsu. Poligami adalah satu amalan yang diizinkan dalam Islam dengan syarat ia dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab dan keadilan.

Ia bukanlah sesuatu yang mudah dan memerlukan persiapan yang rapi dari segi emosi, mental, dan ekonomi. Suami yang ingin berpoligami perlu memastikan bahawa niatnya adalah ikhlas dan dia mampu berlaku adil terhadap semua isteri-isterinya.

Isteri Tak Sanggup Bermadu

Bagaimanapun poligami bukanlah satu amalan yang digalakkan secara sewenang-wenangnya. Ia memerlukan pertimbangan yang mendalam dan niat yang ikhlas untuk memelihara kebaikan bersama, bukan untuk memenuhi nafsu semata-mata.

Berikut perkongsian daripada peguam Syarie, Tuan Fahmi Ramli

Isteri tak sanggup bermadu, walaupun suami tidak pernah abai tanggungjawab pada keluarga. Dalam banyak kes poligami, biasanya suami tidak mampu dan tak adil tapi nak juga poligami. Ini yang selalu kita dengar kahwin lari di Siam.

Kebanyakannya disebabkan tak mahu isteri pertama tahu kerana mereka tidak bersetuju poligami kononnya. Memang tak mustahil. Ramai yang ada situasi begini bukan?
Biasanya tak setuju sebab suami tak berlaku adil dan gagal tunaikan tanggungjawab sebagai suami.

Contohnya, tidak memberikan nafkah yang cukup kepada isteri dan anak. Ataupun tak tunaikan langsung nafkah. Tapi ada juga keadaan yang mana isteri tetap tak setuju walaupun suami sememangnya orang yang bertanggungjawab. Tak pernah kurang bab nafkah, segala harta yang dibeli telah diletakkan nama kepada isteri pertama dan anak-anak.

Suami Walaupun Mampu, Jangan ‘Tambah Cawangan’ Sebab Nafsu

Ada satu kisah, seorang wanita yang menjadi isteri kedua teraniaya. Dia dipinang sendiri oleh isteri pertama untuk suaminya. Wanita yang bakal menjadi isteri ini seorang yang sangat baik dan terima siapa sahaja yang menjadi jodohnya.

Memang semua orang mahukan lelaki ‘single’. Tapi, kalau dah jodoh, nak buat macam mana. Tambah-tambah isteri pertama ini yang masuk meminang. Suaminya ini memang orang bertanggungjawab dari sudut nafkah. Jadi, terimalah wanita tersebut menjadi isteri kedua.

Wanita ini tidak kisah tentang harta sepencarian isteri pertama untuk diletakkan nama kepada isteri pertama. Ini memang haknya. Bagi dia, cukup dengan nafkah dan kasih sayang seorang lelaki untuk menjadikannya sebagai isteri yang sah.

Tiba-tiba, selepas setahun perkahwinan, suaminya berubah. Mula marah-marah. Isteri pertama juga buat-buat tak tahu. Selepas lahir sahaja anak, terus diceraikan luar Mahkamah hanya kerana isteri kedua ini minta duit beli barang anak yang baru lahir.

Ya Allah, kejam betul. Akhirnya, cerai tersebut disahkan. Tidak ada rujuk atau tidak ada nak pujuk. Terkontang-kanting isteri kedua ini berseorangan dengan anak yang baru lahir tersebut. Membesarkan berseorangan.

Walaupun diceraikan secara kejam, wanita ini tetap dengan pendirian untuk tidak menuntut apa-apa harta sepencarian atau apa-apa harta lain selepas cerai. Dia bukan mata duitan. Tapi, dizalimi oleh lelaki yang nak poligami tapi tak mampu berlaku adil.

Betul, poligami ini bukannya berkaitan dengan harta semata-mata. Ia lebih daripada itu. Ia bukan hak eksklusif kepada kaum lelaki sehingga tidak boleh isteri pertama bersuara.

Sebab itu, dalam undang-undang, suami perlu buktikan di Mahkamah tentang 4 perkara :

✅ – Apa keperluan untuk mahkamah benarkan poligami. Isteri mandul ke? Isteri uzur ke? Isteri gila ke? Atau ada sebab lain yang munasabah
✅ – Suami berkemampuan dari sudut kewangan
✅ – Suami akan berupaya beri layanan yang adil kepada semua tanggungannya
✅ – perkahwinan yang dicadangkan ini tak memudaratkan kepada isteri, anak atau bakal isteri.

Kalau nak kahwin semata-mata kerana nak lepaskan nafsu, itulah yang akan mendatangkan mudarat kepada bakal isteri. Mungkin ada isteri pertama yang tak setuju perkahwinan walaupun suaminya bertanggungjawab. Cuma, bertanggungjawab ini bukan semata-mata dengan kewangan sahaja.

Adakah suami itu mampu berlaku adil? Mampukah dia kendalikan dua hati wanita yang pastinya tak sama? Inilah kunci penting poligami. Ia terletak kepada kemampuan lelaki itu bukan sekadar wang ringgit sahaja. Mungkin isteri pertama itu setuju sebelum ini kerana terpaksa atau mungkin mereka berpakat untuk sesuatu. Ingatlah, haram hukumnya jika berkahwin dengan niat nak menganiaya seseorang.

Sumber: Tuan Fahmi Ramli Peguam Syarie Perundangan Islam yang beramal di Kedah, Pulau Pinang, Perlis, Perak, KL, Selangor.

Baca artikel lain juga: Suami Bila Berpoligami Tapi Tak Dapat Nak Adil, Itu Yang Ramai Pandang Negatif

Poligami, Isteri Bukan Takut Atau Ego Tapi Ada Sebabnya Tak Mahu

Poligami Dicontentkan  Sebegitu Rupa, To Me Its Clearly Wrong Dr Say

 

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE

“Rasa dunia ini milik akak…inilah respon gembira usahawan pandan yang terpilih menerima Anugerah Ibu Inspirasi Mingguan Wanita X Nona di Malam Gala baru ini.
Kisahnya membesarkan 8 anak dengan air mata hingga hampir meracun mereka kerana tidak tahan dengan ujian tetapi akhirnya bangkit memerah keringat demi memberi pendidikan buat anak-anak.
Kisah usahawan pandan berjaya ini cukup memberikan inspirasi dan dirinya menitip pesanan buat ibu-ibu yang membesarkan anak sendirian.
“Pandanglah diri akak. Jadilah ia satu perkongsian kehidupan,” katanya yang tidak pernah menyangka menerima anugerah dari Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah dalam hidupnya.
Malam gala Ibu Inspirasi dibawakan oleh @alkauthareduqids_hq, diserikan oleh @sabihahgoldhq
#mingguanwanita
#temansetiapwanita
#alkauthareduqids

 


Posted

in

, ,

by

Comments

Leave a Reply