Selesa Bawa Anak Bercuti Bersama, Shuib Dan Watie Elak Pergi Berdua

Memilih unuk bawa anak bercuti bersama, pelawak Shuib dan isterinya, Watie Hanifiah meraikan ulang tahun pertama perkahwinan mereka dengan membawa anak-anak bercuti di sebuah pulau peranginan.

Bagus sebenarnya bawa anak bercuti bersama. Ada kajian oleh Holiday Association di United Kingdom, majoriti respondent bersetuju memori terindah zaman kanak-kanak adalah sewaktu pergi bercuti dengan ahli keluarga.

Ya, sekejap sahaja anak sudah besar, kalau tak bawa anak bercuti sekarang, nanti anak-anak masuk dunia mereka pula. Kerja dan berkahwin.

Selesa Bawa Anak Bercuti Bersama

Begitu juga pilihan Watie atau Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, 35, yang enggan pergi berdua kerana bimbang hanya menghabiskan masa di bilik hotel tanpa keluar menikmati alam semula jadi sepuas-puasnya.

“Kenapa kita bawa anak-anak bersama sebab bahaya pergi berdua. Kita akan terkurung di dalam bilik tak keluar-keluar.

“Jadi penyelesaiannya adalah bawa anak-anak sekali,” katanya menerusi Instagram.

Cipta Moment Indah Dengan Anak

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik, Watie dan Shuib dilihat bersama Uwais, Talita dan Matin berada di lapangan terbang.

Sarat memori indah, Shuib turut berkongsi momen mereka sekeluarga menaiki bot menuju ke sebuah pulau yang tidak didedahkan lokasinya.

Ketika tiba di hotel penginapan mereka, ahli perniagaan itu sempat merakamkan keindahan panorama dan mengucapkan terima kasih kepada isterinya.

“Syukur, terima kasih mummy (panggilan Watie),” ujarnya.

Ibu Tiri Yang Baik

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen memuji Watie kerana menjadi ibu tiri yang baik selain sentiasa ceria memperuntukan masa bersama mereka.

“Bagusnya Watie layan anak tiri macam anak sendiri, nampak bahagia dan serasi, mesti arwah Sarah gembira melihat ini semua,” komen netizen itu.

“Bagus pergi bercuti tak tinggal anak, ketika bercutilah kita dapat luangkan masa dan menjalani momen indah bersama mereka, budak-budak mesti suka,” demikian komen netizen itu.

Shuib atau Shahmira Muhamad, 40, mendirikan rumah tangga dengan Watie pada 23 Jun 2023.

Sebelum itu, Shuib pernah berkahwin dengan Allahyarham Siti Sarah namun penyanyi berkenaan meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 12, Dzahira Talita Zahra, 10, Ariq Matin, 7, dan Ayash Affan, 3 tahun.

Sumber: Kosmo!


Posted

in

,

by

Comments

Leave a Reply