Suami bawa dua isteri tunai haji bersama, ini barulah dikatakan adil. Salah satu cabaran terbesar dalam poligami ialah memastikan keadilan dan kesamarataan terhadap semua isteri. Ini termasuk aspek kasih sayang, perhatian, masa, dan nafkah.
Suami Bawa Dua Isteri Tunai Haji Bersama, Ini Barulah Dikatakan Adil
Seorang suami yang berpoligami perlu memastikan semua isterinya diperlakukan dengan adil tanpa mengabaikan mana-mana pihak. Seorang lelaki menarik perhatian warga maya apabila pergi menunaikan haji bersama dua orang isterinya.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh wanita yang dipercayai isteri kedua, Syuhada Sharidin berkongsi beberapa gambar bersama suami dan madunya.
@syuhadasharidin Bismillah…Semoga Allah permudahkan…Semoga Allah merahmati..Semoga Allah mengeratkan lagi kasih sayang di antara kami..semoga panggilan ini membuatkan hati kami makin kuat dan semoga ikatan ni terus kuat hingga ke akhir perjalanan… #haji2024 #ibadahhaji #poligami #sunnah #fyp #fypシ゚viral #foryoupage
Syuhada menitipkan harapan agar segala urusan ibadah haji dipermudahkan dan dapat mengeratkan lagi hubungan antara mereka.
“Bismillah. Semoga ALLAH permudahkan, semoga ALLAH merahmati, semoga ALLAH mengeratkan lagi kasih sayang di antara kami.
“Semoga panggilan ini membuatkan hati kami semakin kuat dan semoga ikatan ini terus kuat hingga ke akhir perjalanan.
“Haji bersama madu dan suami,” tulisnya diruangan kapsyen.
@syuhadasharidin Arafah…❤️❤️❤️ #haji2024 #ibadahhaji #sunnah #fyp #fypシ゚viral #foryoupage #arafah #makkah #wukuf
Mereka dilihat sentiasa bertiga melakukan rukun-rukun Haji termasuk melontar jamrah dan bermalam di Mina.
Meninjau ke ruangan komen, warga maya turut gembira melihat kebahagiaan keluarga tersebut. Ramai yang memuji tindakan lelaki terbabit yang berlaku adil terhadap dua suri hatinya.
Berikut antara komen warga maya:
Baca artikel lain juga: Pahit Manis Dalam Poligami, Umisya Kongsi Pengalaman Bermadu
Sweetnya Bermadu! 15 Tahun Berpoligami, 11 Anak Jadi Penyeri Keluarga
Tak Sorok Jadi Isteri Kedua, Nurul Zahid Kongsi Cerita Imbau Manisnya Hidup Bermadu!
Jom bawa anak-anak pergi Zoo Melaka, boleh tengok animals dan main games! Boleh menang banyak hadiah tau.
Klik sini untuk daftar: https://kliik.je/product-details/79?title=simpan-challenge-sspn
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.