Wajarkah Perempuan Beri Peluang Semula Kepada Yang Sudah Lama Bergelar Ex? Atau Move On Je..

Dunia percintaan sememangnya mempunyai ranjau dan rintangan yang hanya boleh difahami oleh pasangan itu sendiri.

Lain orang, lainlah cabarannya. Tidak semua hubungan itu sama rentaknya. Ada yang sememangnya sudah ditentukan bertemu dengan soulmates masing-masing tanpa perlu berpaling kepada insan lain.

Tapi tidak kurang juga yang terpaksa menempuh jalan berliku sebelum akhirnya menemui kebahagian percintaan. Haihh, bila lah nak merasa semua itu.. eh!

Jika korang pernah melalui perasaan itu, pastinya korang akan enjoy apabila menonton siri drama terbaru yang sedang ditayangkan berjudul Cinta Untuk Sekali Lagi.

Dibintangi oleh Meerqeen, Erysha Emyra dan Haidar Hasanudin, ia menceritakan kisah yang selalu kita dengar terjadi dalam kalangan anak muda di Malaysia yang menemui jodoh pada usia awal 20-an sehingga terbawa ke jinjang pelamin.

Tidak mudah ya apabila pasangan tersebut memilih untuk kahwin muda. Lebih-lebih lagi apabila mereka baru mengenali pasangan masing-masing dalam tempoh terdekat dan tidak berfikir panjang sebelum melafazkan akad keramat itu. Tidak kurang juga pasangan yang telah lama saling berkenalan – lazimnya sejak di bangku sekolah – namun mengalami kejutan alam perkahwinan (persis culture shock, if you may) dengan pelbagai tanggungjawab baharu yang terpaksa dipikul baik oleh sang suami atau si isteri tadi.

Begitulah yang dialami oleh Idlan Zuhairi a.k.a Alan (Meerqeen) dan Anne Dahlia (Erysha) yang telah pun berpisah sejak lima tahun dahulu when they put a stop to their marriage. Namun takdir sudah tertulis agar mereka kembali bertemu apabila abang kepada Anne iaitu Fazlee (Nik Rifa’ie) meminta Alan untuk bertindak sebagai peguam kepada Anne setelah dirinya terlibat dalam satu masalah.

Gitulah..! Ada saja kawan-kawan atau adik-beradik yang menjadi cupid dalam perhubungan, hehe.

Bermula dari detik itu, penonton yang sudahpun mengikuti Cinta Untuk Sekali Lagi sepanjang lima episod yang telah ditayangkan tidak sabar untuk menantikan babak seterusnya di mana Alan akan selalu berusaha mencari peluang mendekati Anne semula. Katanya, dia enggan kehilangan Anne buat kali kedua.

Rata-rata penonton juga dapat mengaitkan plot drama tersebut dengan kebanyakan kes yang berlaku dalam kalangan anak muda yang memilih untuk berkahwin ketika berada di awal usia 20-an. Kadangkala, pasangan tidak bersalah pun dalam sesuatu perhubungan itu.

Cuma beberapa situasi seperti faktor kewangan, tekanan dunia kerjaya yang baru ditempuhi dan ketiadaan perancangan jangka masa panjang menjadi tembok penghalang yang menggagalkan hubungan mereka untuk terus mekar. Tanpa kekuatan komunikasi dalam perhubungan, sukarlah bagi pasangan menyelesaikan apa jua salah faham yang wujud.

Tidak cukup dengan itu, wujud juga stigma setelah pasangan berdepan penceraian pada usia muda. Sebagai contoh, Anne yang merupakan seorang guru bergelut dengan pandangan masyarakat terhadap status dirinya sebagai janda muda. Begitulah persepsi ibu Alan sendiri yang terperangkap dengan pandangan masyarakat kuno yang memandang serong terhadap status seorang janda.

Mujur, seorang lagi guru di sekolah sama seperti Anne iaitu Cikgu Safwan (Haidar) tidak menjadikan status itu sebagai cerminan diri Anne yang sebenar. Malah, Cikgu Safwan juga menyimpan perasaan terhadap Anne dalam diam!

Ah sudah, cinta tiga segi la gaiss..

Begitu juga dengan bekas suaminya, Alan yang mungkin mempunyai niat yang baik untuk membantu Anne menyelesaikan masalah tetapi pada pandangan masyarakat, dia dilihat sebagai seseorang yangmempunyai niat bertentangan terhadap bekas isterinya itu.

Benarlah, kalau hendak puaskan hati semua orang.. sampai bila-bila pun tidak berakhir. Korang rasa, bagaimanakah pengakhiran untuk semua kemelut yang dihadapi oleh Alan dan Anne ini?

Korang kenalah menonton Cinta Untuk Sekali Lagi pada setiap Isnin hingga Khamis jam 10  malam di Astro RIA atau strim di Astro GO dan sooka. Dengar cerita, Cinta Untuk Sekali Lagi telahpun trending bagi setiap episodnya di platform X dan mencatatkan 109 juta tontonan di TikTok! Takkan lah korang nak ‘tertinggal kereta api’ kan?

Dapatkan Pek Astro sekarang dengan pemasangan PERCUMA dari hanya RM41.99/bulan. Raikan saat-saat bersama dengan #AstroBaharu – Hiburan kini lebih mantap untuk seisi keluarga. Layari astro.com.my sekarang!

Chill jer bila sooka Got All! Strim kesemuanya bila-bila masa, di mana-mana sahaja dengan hanya RM13.90/bulan. Yang pasti, kontrak TAKDE! Strim sekarang: www.sooka.my

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.


Posted

in

,

by

Comments

Leave a Reply