Fasa Pertama Pelebaran Lebuhraya PLUS Bermula Hujung Bulan Ini

Projek pelebaran Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) daripada empat kepada enam lorong dijangka akan dimulakan pada penghujung bulan ini, melibatkan laluan dari Senai Utara ke Sedenak. 

Menurut Pengerusi Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Datuk Seri Hasni Mohammad. Lembaga tersebut akan mengeluarkan Surat Setuju Terima (SST) kepada kontraktor yang berjaya dalam masa terdekat.

Datuk Seri Hasni Mohammad menjelaskan bahawa projek pelebaran ini tidak akan mengganggu aliran trafik semasa. Hal ini kerana dua lorong sedia ada di kedua-dua hala lebuh raya masih akan kekal dibuka kepada pengguna. 

“Sebelum akhir bulan ini, LLM akan mengeluarkan surat SST kepada kontraktor yang berjaya menender projek berkenaan. Kami menjangkakan fasa pertama projek pelebaran laluan Senai Utara-Sedenak akan dapat dimulakan pada penghujung bulan ini,” katanya.

<yoastmark class=

Perkembangan Projek Pelebaran

Projek pelebaran ini melibatkan jarak 21.8 kilometer dan dijangka akan siap dalam tempoh 36 bulan. Proses tender untuk pakej kedua projek ini juga sedang berjalan, dengan jangkaan kontraktor akan dilantik dalam tahun ini juga.

Pengumuman ini dibuat selepas Datuk Seri Hasni menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Paragon Globe Berhad (PGB) dan UOB Malaysia.

Pada 12 Oktober tahun lalu, kerajaan melaporkan persetujuan untuk melaksanakan projek pelebaran PLUS dari empat kepada enam lorong. Melanjut dari Sedenak ke Simpang Renggam, Johor. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketika membentangkan Belanjawan 2024. Beliau menyatakan bahawa projek pelebaran PLUS yang melibatkan kawasan Johor ini akan dibangunkan dengan kos RM931 juta.

Setakat ini, laluan enam hingga lapan lorong di lebuh raya PLUS dari Kuala Lumpur ke selatan berakhir di Ayer Keroh, Melaka.

<yoastmark class=

Pelebaran Lebuhraya Senai-Desaru Dijangka Bermula Bulan Depan

Dalam perkembangan lain, Datuk Seri Hasni yang juga Pengerusi Pusat Kelestarian Johor, menyatakan bahawa projek pelebaran Lebuhraya Senai-Desaru (SDE) daripada dua kepada empat lorong juga dijangka akan dimulakan awal bulan depan. 

Katanya, pelantikan kontraktor bagi kerja pelebaran Lebuhraya SDE itu akan dilakukan hujung bulan ini dengan jangkaan projek tersebut akan disiapkan dalam tempoh 24 bulan.

“Bagi Lebuhraya SDE, pelantikan kontraktor akan dimuktamadkan hujung bulan ini dan dijangkakan dalam tempoh dua minggu. Kerja-kerja boleh dimulakan di tapak. Pelebaran Lebuhraya SDE bermakna laluan satu lorong dua hala sejauh 26 kilometer akan menjadi empat lorong dua hala. Ini sekali gus memberi keselesaan kepada pengguna yang semakin meningkat,” jelasnya.

Dengan pelaksanaan kedua-dua projek ini, diharapkan infrastruktur lebuh raya di Johor akan lebih mampu menampung peningkatan jumlah pengguna dan seterusnya meningkatkan keselesaan dan keselamatan perjalanan.

Dari Berita Harian

Baca Perjalanan Lebih Pantas & Mudah Dengan Pembukaan Seksyen 6 Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE)

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

 


Posted

in

, , ,

by

Comments

Leave a Reply