Setiap kali gaduh, isteri salah. Setiap kali marah, isteri salah dan setiap kali ada yang tak kena, isteri salah.
Jahat betul isteri kita. Ini sesuatu yang salah patut kita semak dalam hubungan suami isteri. Nak lebih jelas, jemput baca perkongsian Puan Amy tentang hubungan yang retak dalam perkahwinan.
Setiap Kali Gaduh
Asyik buat salah memanjang, tak pernah buat elok, tak pernah jadi baik. Semua yang berlaku, berpunca dari dia. Kita yang jadi suami, memanjang betul, memanjang baik, memanjang tak buat masalah.
Maksum dan sempurna betul kita.
Punca Dari Kita Sendiri
Ada ketikanya, ada masanya, salah itu kita yang buat, punca itu dari kita. Kita yang tak kena, kita yang buat bagi pergaduhan itu tercetus. Isteri masam muka, moody, emo, sebab perangai dan perbuatan kita.
Tapi, nak ke kita mengaku? nak ke kita minta maaf kat isteri?
“Tak kot… aku suami, kenapa aku nak mintak maaf kat isteri. Aku suami, dia lah kena minta maaf kat aku walaupun itu salah aku, kan dia isteri.” Begitulah egonya kita.
Suami yang bijak, dia tak kan nampak salah isteri saja. Suami yang adil, dia tak akan menyalahkan isteri sahaja.
Kalau selamanya isteri yang salah sentiasa, maka isteri kita tersagatlah jahat dan kita memang gagal sebagai seorang suami sebab kita gagal didik, ajar dan bimbing isteri sendiri untuk buat betul dan jadi baik.
Renung-renungkan.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.