Resipi Rendang Telur, Sekali Rasa Mesti Suka

Nak makan rendang tapi tak mahu rendang daging atau ayam, kalau macam ni boleh buat resipi rendang telur.  Mungkin ada yang tak pernah rasa dan buat, jadi boleh cuba. Sekali rasa mesti suka.

Resipi rendang telur 

Bahan-bahan

10 biji telur direbus dan buang kulit
1/2 genggam ikan bilis
*1 inci halia
*1 inci lengkuas
*1 inci kunyit hidup
*10 tangkai cili kering (potong dan rebus)
*10 biji cili api (kurangkan cili atau tambah ikut selera)
*5 biji buah keras
*4 batang serai
*5 biji bawang putih
*2 biji bawang besar
2 sudu besar kerisik
1 kotak santan Kara
Daun limau purut beberapa helai
Daun kunyit dihiris
1 keping asam
1 kiub bilis

Cara membuat:

1. Kisar bahan bertanda.

2. Panaskan minyak, tumis bahan kisar sehingga wangi dan terbit minyak.

3. Kemudian masukkan bilis, santan, kerisik dan asam keping. Tambah garam dan kiub ikan bilis. Masak lagi hingga terbit minyak.

4. Bila sudah terbit minyak, masukkan daun limau dan daun kunyit. Selepas nampak daun layu, masukkan telur. Kacau sebentar dan tutup api. Siap!

Sumber: Latifah Hanim Muin

 

Comments

Leave a Reply