Masih ada lagi lebih daging korban dalam peti sejuk.Teringin pula nak makan kurma daging kenduri. Hari ni saya nak masak kurma daging yang pekat, likat dan lemak macam kenduri orang dulu-dulu.
KURMA DAGING KENDURI
Bahan-bahan:
1.5 kg daging
8 sudu besar rempah kurma
6-7 biji ubi kentang
Daun ketumbar
6 biji cabai hidup hijau & merah
2 labu bawang besar- potong 4
1-2 asam keping
2 sudu besar susu pekat
1 sudu besar gula batu
2 sudu besar serbuk badam
2 sudu besar serbuk kas kas
1 sudu besar garam masala
2 sudu besar serbuk lada hitam
1 kotak santan
Garam
Serbuk perasa
Bahan tumis:
Daun pandan
2-3 batang serai
Daun kari
4 beradik ( jangan banyak macam buat kari)
2 inci halia
5 ulas bawang rose
5 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
Bahan kisar:
3 inci halia
1 labu kecil bawang putih
Cara memasak:
1. Mula-mula panaskan minyak untuk menumis. Minyak letak lebih supaya rempah senang pecah minyak.
2. Tumis daun pandan, 4 sekawan, serai yang diketuk, bawang rose, bawang besar, bawang putih, halia dan daun kari. Tumis sampai bawang garing.
3.Masukkan pes bawang putih dan halia.Kacau-kacau masak sampai bawang putih , halia garing.
4.Masukkan daging yang sudah dicuci bersih.Kacau sebati, api dibuka sederha, tutup balik periuk. Masak lebih kurang 10 minit hingga jus daging keluar.
5.Buka periuk, kacau-kacau kemudian letak 8 sudu besar rempah kurma.
6.Masukkan garam masala, serbuk lada hitam, gula batu ( untuk bagi lembut daging) dan air untuk kuah dan masak daging serta rempah sekali.Kacau rata, tutup periuk. Masak hingga daging lembut.
7. Buka tutup periuk beberapa kali untuk kacau rempah. Kalau masak periuk biasa rempah cepat hangit.
8. Bila daging sudah nak empuk, masukkan serbuk kas kas, serbuk badam ( ini petua orang tua-tua nak bagi pekat dan lemak kurma kita)
9.Masukkan santan, nak lagi sedap letak sikit susu pekat.
10. Kemudian masukkan ubi kentang.
11. Masukkan asam keping dan akar ketumbar.Kacau-kacau, tutup dulu periuk bagi lembut ubi.
12. Daging dah lembut , baru letak garam dan perasa. Kacau-kacau, perlahankan api.
13. Masukkan daun ketumbar, cabai hidup merah dan hijau dan potongan bawang besar. (bawang dan cabai wajib letak baru kurma kita sedap).Biar sampai kurma kita pecah minyak. Bila dah tutup api, lagi keluar minyak.
Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan pelbagai resipi terkini yang mudah & enak di laman web RASA
Resipi Asam Pedas Ikan Kembung Lemak Yang Sedap, Seminggu Sekali Mesti Masak
Asam Pedas Johor, Buat Pekat-pekat Makan Dengan Nasi Putih. Kuah Banjir Boleh Hirup Sampai Licin
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.