Pemuzik dan pelakon, Kevin Jonas menasihatkan pengikutnya di media sosial agar sentiasa membuat pemeriksaan tahi lalat dengan pakar kulit agar pengesanan kanser dapat dikesan lebih awal.
“Jadi hari ini saya sudah selesai jalani pembedahan dan kini dalam tempoh penyembuhan”
“Pastikan anda sentiasa peka dengan tahi lalat yang mungkin menyebabkan berlakunya kanser”
Kredit: Instagram Kevin Jonas
Anggota Jonas Brothers itu berkata melalui perkongsiannya di media sosial, susulan diagnosis yang mengesahkan dia menghidapi kanser kulit dan mengambil keputusan untuk membuang tahi lalat pada bahagian dahinya.
“Saya telah menjalani pembedahan bagi membuang karsinoma sel basal pada dahi. Ia adalah kanser kulit yang jika dibiarkan boleh merebak”
Karsinoma sel basal adalah kanser kulit paling ringan. Kanser ini dinamakan sedemikian kerana ia bermula dari kumpulan sel yang disebut sebagai sel basal.
Sel basal merupakan sel paling bawah pada epidermis. Ia berubah menjadi kanser apabila terdapat mutasi pada DNA disebabkan terdedah pada sinaran UV dari cahaya matahari dan lampu serta tilam tanning.
Kredit: Instagram Kevin Jonas
Dalam pada itu, Kevin menerima banyak sokongan daripada peminat melalui hantaran yang sama termasuk daripada akaun Instagram Yayasan Kanser Kulit.
“Kami bersimpati terhadap kanser yang dihidapi. Terima kasih kerana memupuk kesedaran awam. Pengesanan awal adalah kunci. Semoga kamu segera sembuh,” kata Yayasan Kanser Kulit.
Sementara itu, Jonas Brothers dijangka meneruskan konsert jelajah mereka di Mexico ketika ini pada Ogos depan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.