Cara Tanam Kacang Tanah Paling Mudah, Tak Perlu Jagaan, 3 Bulan Dapat Hasil

Rupa-rupanya, nak tanam kacang tanak tak adalah susah dan renyeh pun. Ia tak sama dengan tanaman lain yang mudah diserang serangga perosak. Cuma, tanam, siram dan tinggalkan. Bila sampai tempoh matang, bolehlah kutip kacang tanah yang ditanam itu.

Inilah yang dkongsikan oleh Liyana Mohd Poad tentang cara nak tanam kacang tanah yang paling mudah. Dalam tempoh 3 bulan sudah boleh tuai hasilnya.

CARA TANAM KACANG TANAH.

Saya beli kacang tanah di kedai runcit dengan harga RM3. Ambil ¼ daripada paket itu.

Rendam kacang tanah dengan air paip selama 3 hari 3 malam. Hanya paras-paras kacang sahaja.

Jangan terlalu banyak air dan sentiasa tukar air kerana air akan diserap. Selepas 3 hari, kacang akan bercambah dan boleh terus tanam dalam polibeg atau pasu.

Satu polibeg saiz 16 boleh tanam 3 biji kacang tanah. Guna tanah organik atau tanah poros + 4 genggam pasir halus. Tak perlu cocopeat atau sekam padi.

Jagaan paling mudah. Siram dua kali sehari dan bubuh baja organik seminggu sekali. Baja apa pun boleh asalkan namanya baja.

Selepas dua bulan lebih hingga 3 bulan, boleh cabut pokok dan tuai hasilnya. Kalau nak dapatkan banyak isi kenalah tunggu 4 bulan baru tuai.

Paling best tanaman ini tak perlu risau dengan segala macam penyakit pokok macam cili atau sayur berdaun lain. Tanam, siram dan tinggal saja.

1. Kebanyakan tanaman saya guna tanah ini.Tanah ini sangat poros. Boleh beli di nursery atau trusted seller atau Shopee.

2. Kacang tanah. Ambik 1/4 shj. Lebih boleh simpan untuk anak cucu.

3. Rendam selama 3 hari 3 malam. Air tukar selalu. Kalau tidak nanti jadi busuk dan berlendir.

4. Selepas 3 malam, kacang tanah dah pun bertunas. Biar kering dulu baru tanam. Tanam dalam pasu atau polibeg. Jangan tanam dalam sangat. Anggaran 2 cm dah cukup.

5. Pokok kacang berusia sebulan setengah.

6. Hasil selepas 3 bulan lebih.

7. Sudah dituai.

8. Inilah kacang tanahnya.

9. Sudah dicuci bersih.

10. Isinya padat.

Selamat mencuba.

Mesti Baca:Resepi Baja Redbull Untuk Pokok Lemon Yang Kedekut Buah
Baca Lagi Di Sini:Cara Mudah Biak Pokok Jenis Citrus Dengan Kaedah Keratan Batang
Artikel Menarik:Cara Atasi Penyakit Yang Kerap Mengancam Pokok Limau Kasturi

IMPIANA : Mudah je rupanya nak tanam kacang tanah sendiri di rumah. Tak perlu penjagaan rapi pun, hanya perlu siram saja dan tuai hasilnya selepas 3 bulan.

Sumber: Liyana Mohd Poad

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply