Pernah dengar tentang Middle Child Syndrome? Middle Child Syndrome merupakan keadaan psikologi anak tengah yang selalu merasa diri seperti dipinggirkan dan terabai dalam keluarga.
Urutan kelahiran dan jumlah saudara kandung dapat mempengaruhi perkembangan keperibadian, psikologi dan potensi anak.
Tanda-tanda Middle Child Syndrome:
1. Rasa tidak pernah dihargai dan diabaikan oleh ibu bapa/keluarga.
2. Sentiasa inginkan keadilan.
3. Mencari perhatian daripada keluarga dan orang lain.
4. Rasa diri tidak pernah cukup untuk orang lain.
5. Rasa macam kena bersaing dengan adik beradik.
Jika anak anda ada salah satu daripada ciri di atas, ada kemungkinan mereka alami Middle Child Syndrome. Jika tiada perubahan sikap daripada ibu bapa, sindrom ini akan berlarutan sehingga anak meningkat dewasa.
Jika mereka tidak mendapatkan perhatian daripada ibu bapa mereka sendiri, mereka akan mencari perhatian dan penghargaan daripada orang lain. Anak yang kurang mendapatkan perhatian semasa kecil akan mudah melekat atau mudah terjatuh cinta dengan orang baru yang memberikan sedikit perhatian, walaupun orang yang baru mereka kenal.
Cara untuk mencegah anak tengah daripada terkena sindrom ini:
1. Berikan perhatian dan layanan sama rata untuk anak-anak.
2. Jangan bandingkan anak dengan adik beradik atau orang lain.
3. Luangkan waktu untuk berkomunikasi dan berinteraksi dengan anak tengah.
4. Berikan pujian dan penghargaan atas setiap pencapaian.
5. Buatkan anak merasa penting dalam keluarga.
6. Beri peluang untuk anak tengah bersuara, dengar mereka dan tunjukkan perhatian.
*INGAT! Jangan didik anak terlalu keras. Mereka ingin disayangi dan dilindungi, bukan untuk menjadi kuat dan berani tanpa didikan yang lembut.
Menarik: “Tak Ada Nanti Boleh Tengok Balik, Mua Bellaz Mahu Simpan Kenangan Dengan Anak-Anak
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my
Sumber: X @Dr.Samhan
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.