“Kalau ikutkan hati you dah lama I jadi duda”- Kapsyen ucapan hari jadi Nabil buat isteri curi perhatian. Menerusi akaun Instagramnya Nabil Ahmad memuatnaik gambar mesra bersama isterinya Zira Ayub.
“Kalau Ikutkan Hati You Dah Lama I Jadi Duda”
Pelawak dan pengacara tersebut menitipkan ucapan sempena ulang tahun kelahiran yang ke-36 isterinya. Figura yang meniti usia 41 tahun ini juga turut mendoakan agar isterinya diberikan kesihatan dan kekuatan berpanjangan.
Sannah helwah wahai bini ku @zira.ayub !!! Terima kasih terima aku sebagai suami , kalau ikutkan hati you dah lama i jadi duda tapi Alhamdulillah ALLAH letak kesabaran dalam hati !!
I dan anak-anak syukur sangat kita masih bersama ber 5 dan In Sya Allah kalau you sabar sikit lagi sampai kita tua yeaa.
I doakan Allah beri you kesihatan berpanjangan supaya you adea kekuatan untuk jaga mak dan abah you dan boleh terus jadi adik kesayangan abang dan kakak you dan semoga ALLAH terima semua amalan you untuk jadi bekalan di akhirat !!, tulis Nabil di ruangan kapsyen.
Kapsyen Ucapan Hari Jadi Nabil Buat Isteri Curi Perhatian
Singgah diruangan komen, rata-rata warga maya turut mengucapkan selamat ulang tahun kelahiran buat Zira dan mendoakan agar perkahwinan pasangan ini berkekalan hingga ke akhir hayat.
View this post on Instagram
Berikut antara komen-komen warga maya. Rakan-rakan selebriti juga tidak ketinggalan meninggalkan komen.
Untuk info Nabil dan Zira mendirikan rumah tangga pada 30 November 2011. Pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Nayla Mikayla, Leyla Medyna, dan Mishall Imani.
Sumber: Instagram Nabil Zira
Baca artikel lain juga: Anak Sulung Mula Berhijab, Nabil Ahmad Tersangat Happy Sampai Takut Nak Share
LRT Tergendala! Nabil Ahmad Bantu Hantar Wanita OKU Ke Tempat Kerja Raih Pujian Ramai
Jom bawa anak-anak pergi Zoo Melaka, boleh tengok animals dan main games! Boleh menang banyak hadiah tau.
Klik sini untuk daftar: https://kliik.je/product-details/79?title=simpan-challenge-sspn
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.