Soal jodoh terbaik ini sebenarnya agak sukar nak dapat yang serasi dan terima seadanya. Jodoh yang berkawan bertahun-tahun pun tidak menjanjikan bahagia sampai hujung nyawa, apatah lagi jika jodoh yang datang mengejut tanpa diduga.
Itu lah yang anda perlu selongkar soal jodoh. Nak tahu lebih jauh tentang jodoh, jemput baca perkongsian saudara Emran Ahmad ini.
Nak Dapat Jodoh Terbaik
Ada orang bertanya saya tentang cara untuk mendapatkan jodoh yang terbaik yang dapat diusahakannya, dia ingin berkahwin tetapi ingin tahu siapakah yang paling sesuai atau terbaik untuk menjadi pasangannya?
Ini jawapannya:
1. Jodoh yang terbaik ialah pasangan yang dapat membawa kita kepada keredhaan Allah dan boleh membantu kita mencapai kebahagiaan baik di dunia dan hari akhirat.
2. Setiap orang mempunyai pendapat tersendiri tentang jodoh yang terbaik, ada yang berpegang kepada hadith sebaik-baik perkahwinan ialah yang paling mudah maharnya seperti riwayat Abu Daud dan Ahmad. Ada yang berpendapat jodoh yang terbaik ialah yang dipilih oleh ibubapa atau orang-orang yang soleh.
Namun saya memiliki pendapat yang lain.
3. Secara praktikelnya, bagi orang bujang yang belum bernikah maka saya mencadangkan supaya berkahwin dengan pasangan (lelaki atau perempuan) yang berhasil kita dakwah untuk memeluk Islam.
Kalau lelaki carilah perempuan yang bukan Islam, baik berbangsa Cina atau India, beragama Budha atau Kristian lalu berdakwah kepada mereka sehingga berhasil memeluk Islam lalu menikahinya dan membimbingnya.
Jika perempuan, ajaklah lelaki Mat Salleh, lelaki Cina atau India atau mana-mana lelaki bukan Islam yang mempunyai peribadi yang baik tetapi belum mendapat hidayah supaya mahu memeluk Islam lalu membantunya mempelajari agama Islam.
Bagi saya itulah jodoh yang terbaik seperti yang berlaku kepada seorang perempuan daripada sahabat Nabi salallahualaihiwassalam yang bernama Rumaisha’ binti Milhan (ada yang menyebut namanya Sahlah), atau dikenali sebagai Ummu Sulaim, ibu kepada Anas bin Malik yang kemudian menikahi Abu Talhah setelah lelaki itu sanggup memeluk Islam dan Ummu Sulaim menjadikan keIslaman suaminya itu sebagai maharnya.
Cukup Romantik
Berkata seorang tabien yang bernama Tsabit bin Aslam rahimahullah (wafat 123 Hijrah) ;
فَمَا سَمِعْتُ بِامْرَأَةٍ قَطُّ كَانَتْ أَكْرَمَ مَهْرًا مِنْ أُمِّ سُلَيْمٍ الْإِسْلَامَ فَدَخَلَ بِهَا فَوَلَدَتْ لَهُ
‘Aku belum pernah mendengar tentang seorang perempuan pun yang lebih mulia mahar perkahwinannya daripada Ummu Sulaim iaitu maharnya ialah Islam. Lalu suaminya memeluk Islam dan menghasilkan anak dengannya.’ [Riwayat Al-Nasaie]
Asbab penyebaran dakwah, memberi manfaat kepada faktor genetik dan kelahiran anak-anak yang cerdik dan berbaka baik serta menyebar luaskan cara berfikir dan budaya masyarakat Islam agar tidak jumud, terbuka dan menjadi lebih bersifat rahmat dan praktikel.
Asyik berkahwin sesama bangsa Melayu, yang sudah Islam sejak lahir kemudian dibebani adat budaya Melayu, khurafat dan menyusahkan, ketat lagi tertutup tidak baik untuk perkembangan Islam.
Selain itu menikahi dengan tujuan dakwah, akan memberikan keberkatan disamping perjuangan kepada pasangan untuk saling membantu mendidik agar lebih mendalami Islam.
Selamat mencuba!
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.