Pelakon dan penyanyi, Kilafairy mengakui kini dia lebih tertarik untuk untuk mengetahui apa sahaja mengenai ilmu agama, sejak mengambil keputusan untuk mengenakan hijab empat tahun lalu.
Berkongsi mengenai perbezaan dirinya dulu dan sekarang, dia yang mesra disapa Kila turut mendedahkan, dia semahunya cuba untuk menjaga ibadah sebaiknya.
Kini Lebih Berminat Dan Sentiasa Tertarik Dalami Ilmu Agama – Kila Fairy
“Cuba untuk jaga amal ibadah dengan sebaiknya. Minat saya untuk dalami ilmu agama itu orang kata lebih bersemangat dan lebih tertarik untuk ikuti.
“Sebelum ini, kalau tonton ceramah sikit je macam alihlah pada saluran lain, saya macam tak berapa berminat. Tapi sekarang bila saya ikuti sesi usrah anjuran rakan, Neelofa misalnya, buatkan saya lebih tertarik.
“Malah ada kawan lain yang umpamakan agama ini sama seperti telefon. Kalau kita tak cas, akan habis bateri. Jadi kita kena terus belajar.
“Kalau tidak memang ia akan terbantut di situ,” katanya yang mendapat sokongan padu dari ahli keluarga untuk menjadi insan yang lebh baik.
Tak Pernah Sesali Perjalanan Hidup, Namun Titip Rasa Syukur!
Sementara itu, bintang berusia 32 tahun ini juga menambah, dia tidak pernah menyesal atas perjalanan hidup yang dilalui sebelum ini.
Malah, Kila menyifatkan sejarah lama mendorongnya untuk memperbaiki diri, seterusnya cuba menjadi individu yang lebih baik.
“Saya cuba untuk ‘tanamkan’ ia di masa lalu. Kalau nak kata sama ada saya menyesal atau tidak… sebenarnya kalaulah saya ada peluang untuk pakai tudung lebih awal, saya akan pakai. Akan tetapi jalan hidup saya seperti ini.
“Saya tidak pernah menyesal atas apa yang telah berlaku. Kalau saya tidak laluinya, saya tidak akan jadi seperti hari ini.
“Saya rasa, pengalaman itulah yang membentuk saya untuk ke sini hari ini. Saya bersyukur, dengan pengalaman yang lepas,” katanya yang sering menitipkan doa, meminta petunjuk dari Yang Maha Esa.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari Hijabista. Anak kepada penyanyi senior, Allayarhamah Rohana Jalil berkongsi pengalaman indahnya itu menerusi program YouTube, No Turning Back dari Hijabista.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Foto: Instagram Kilafairy
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.