Canva Sheets Diumumkan – Sokongan Dokumen Helaian Lejar, Menyaingi Excel

Canva sedia dikenali ramai sebagai penyedia perkhidmatan untuk melakukan penyuntingan gambar dan video pantas melaluinya. Tidak setakat itu, kini Canva turut memperluaskan perniagaan mereka, meliputi penawaran untuk dokumen.

Memulakannya, kini Canva memperkenalkan Canva Sheets. Ia merupakan alternatif untuk Excel dan Google Sheets, dan turut hadir dengan sokongan integrasi kecerdasan buatan untuk memudahkan penyertaan formula pada dokumen lejar yang dibangunkan.

Dengan langkah ini, ia akan memudahkan pelbagai pengguna Canva, menguruskan perniagaan dan pelbagai proses dengan lebih efisien lagi. Ini juga memposisikan Canva pada keadaan lebih baik, memandangkan Canva sedia popular dalam kalangan pengguna muda seluruh dunia.

Ciri Canva Sheets ini dilabelkan akan datang tidak lama lagi.


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply