Honor Pad V9 Dilancarkan Di Malaysia Dengan Harga RM1,999

Honor Malaysia hari ini telah melancarkan tablet baru Honor Pad V9, yang direka untuk memenuhi keperluan pengguna moden. Selain turut dilengkapi dengan ciri AI terbina untuk memberikan pengalaman penggunaan yang lebih baik. Honor Pad V9 juga menjadi tambahan kepada siri tablet mereka, dan melengkapkan barisan seperti Pad X9a yang dilancarkan sebelum ini.

Tablet ini menggunakan skrin 11.5 inci beresolusi 2.8K dengan kadar segar semula 144Hz serta kecerahan maksimum 500 nits. Ia dikuasakan oleh cip MediaTek Dimensity 8350 Elite, dengan pilihan memori 12GB dan storan dalaman 256GB. Pad V9 menjalankan MagicOS 9.0 berasaskan Android 15 bersama ciri-ciri AI seperti AI Meeting Translation, AI Smart Summary, dan AI Voiceprint Noise Reduction.

Bateri berkapasiti 10,100mAh disediakan menyokong pengecasan pantas 35W dan port USB-C. Tablet ini juga dilengkapi dengan lapan pembesar suara terbina yang menyokong IMAX Enhanced dan HONOR Spatial Audio. Kamera utama bersaiz 13MP, kamera swafoto 8MP, serta sokongan untuk papan kekunci dan stylus turut disediakan sebagai pelengkap.

Honor Pad V9 hadir dalam pilihan warna White dan Gray, dan boleh didapati pada RM1,999 melalui pengedar sah Honor Malaysia. Pembeli juga akan menerima hadiah menarik bersama tablet ini.


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply