Bulan Mac 2025 yang lepas Volvo Malaysia telah membuka pra-tempah kereta SUV Elektrik mereka yang terbaharu iaitu Volvo EX 90. Selang sebulan, SUV elektrik dengan 7 tempat duduk telah diumumkan untuk pasaran tempatan hari ini pada harga RM 442,888

Untuk pasaran Malaysia, Volvo EX 90 ditawarkan pada satu versi iaitu n juga Twin Motor Performance. Versi Twin Motor Performance ini merupakan versi lebih berkuasa, dengan 380 kW / 517 hp membolehkan pecutan 0-100km/j sepantas 4.9 saat. Ia mempunyai jarak perjalanan 623km WLTP dengan kapasiti bateri 111 kWh dan juga kelajuan pengecasan 11kW AC dan pengecasan pantas 250 kW DC membolehkan pengecasan 10-80% dalam masa 30 minit.

Berdiri gah di belakang slogan ‘Volvo paling selamat pernah dicipta’, Volvo EX90 ini mempunyap pelbagai fungsi keselamatan, dan merupakan kereta Volvo pertama yang dilengkapi pengimbas LIDAR. Menggunakan teknologi imbasan laser, keadaan persekitaran akan diimbas bagi memastikan keselamatan penumpang, baik ketika ia sedang dipandu, atau sedang berhenti. Ia juga boleh mengimbas penumpang, dan memberikan amaran sekiranya terdapat situasi membimbangkan. Malah dengan pengimbas LIDAR ini juga ia membolehkan fungsi swapandu

Volvo EX90 dijual pada harga RM 442,888 dan turut hadir bersama jaminan 5 tahun tanpa had perbatuan, jaminan bateri selama 8 tahun, khidmat bantuan 24 jam selama 5 tahun termasuklah khidmat tunda percuma ke cawangan Volvo berhampiran, langganan perkhidmatan Google percuma selama 5 tahun, dan bagi 50 pembeli pertama akan menerima baucar pengecas elektrik bernilai RM5,000 serta pelindung sinaran matahari yang boleh digunakan untuk bumbung panorama EX90.


Dengan pengumuman Volvo Malaysia harini, rakyat Malaysia kini mempunyai lebih dari 3 pilihan kereta elektrik dengan 7 tempat duduk di pasaran, dengan model EX90 menjadi antara yang model termahal, sesuai dengan fungsi dan ciri premium yang dibawakan padanya.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.