AMD Memperkenalkan Cip Pemprosesan Ryzen 8000HX Untuk Komputer Riba Gaming Generasi Baru

AMD kini dilihat sebagai cip pemprosesan pilihan pertama golongan-golongan gamer apabila bercakap tentang membina komputer gaming desktop yang berkuasa. Terkini, mereka nampaknya mahu menjadi pilihan pertama untuk pilihan komputer riba gaming juga dengan pengumuman rasmi berkenaan cip pemprosesan AMD Ryzen 8000HX terbaru mereka, yang hadir dengan kod nama Dragon Range Refresh.

Cip pemprosesan AMD Ryzen 8000HX hadir dengan empat penawaran, termasuklah AMD Ryzen 9 8945HX, AMD Ryzen 9 8940HX, AMD Ryzen 7 8840HX dan AMD Ryzen 7 8745HX. Kesemua model-model cip pemprosesan ini hadir dengan ciri Hyper-Threading, dan model paling berkuasa, AMD Ryzen 9 8945HX hadir dengan 16 teras fizikal dan 32 bebenang kuasa dengan kelajuan Boost Frequency setinggi 5.4GHz.

Kesemua cip-cip pemprosesan ini dilengkapi dengan cip grafik AMD Radeon 610M terbina didalamnya, dan hadir dengan julat penggunaan kuasa sekitar 45W ke 75W untuk memastikan bahawa cip-cip pemprosesan ini semuanya boleh menggerakkan permainan-permainan komputer yang terbaru.

Siri cip pemprosesan Dragon Range Refresh ini masih lagi menggunakan asas cip pemprosesan Zen 4 dan cip grafik RDNA 2 yang digunakan pada siri cip pemprosesan AMD Ryzen 7000HX sebelum ini, dengan penambahan prestasi dan kecekapan dalam penggunaan kuasa elektrik, dan mungkin menambahkan jangka-hayat bateri.

Buat masa ini, ia disahkan bahawa cip pemprosesan ini akan digunakan pada komputer riba ASUS ROG STRIX G16 yang akan dilancarkan pada tahun ini, dan dijangka akan diperkenalkan kepada lebih banyak lagi komputer riba gaming kelak.


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply