Kit fotografi khusus untuk memudahkan Vivo X200 Ultra digunakan seperti sebuah kamera digital akan ditawarkan. Imej acah yang dikongsi oleh Vivo sendiri menunjukkan ia mempunyai banyak persamaan dengan kit yang ditawarkan untuk Xiaomi 15 Ultra.

Kita nampaknya dihasilkan dengan kerjasama PGYTECH yang menghasilkan aksesori membawa kamera dan juga dron. Keseluruhan kita berwarna gelap dengan kemasan nampak seperti bergetah. Di bahagian atas dapat dilihat butang kawalan kamera kerana X200 Ultra mempunyai butang kamera khusus seakan iPhone.
Bahagian pemegang meletakkan butang laras zum dan juga pengatup kamera. Bahagian bonggol kamera juga hadir dengan lapisan kaca yang mungkin boleh diganti. Ia turut disahkan akan mempunyai bateri terbina 2300 mAh yang memanjangkan hayat penggunaan peranti sebagai kamera. Vivo X200 Ultra dan X200s akan dilancarkan di China pada 21 April ini.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.