Adobe Fonts Menerima 1500 Muka Taip Baharu Seperti Helvetica dan Century Gothic

Adobe Fonts telah dikemaskini dengan 1500 muka taip baharu menerusi kerjasama dengan Monotype. Muka taip popular seperti Helvetica, Gotham, Avenir dan Times New Roman kini boleh dimuat turun secara oleh pelanggan Creative Cloud untuk digunakan dalam projek yang ingin dihasilkan.

Sokongan muka taip Monotype secara rasmi dihentikan pada Januari 2023 kerana menggunakan format Type 1 yang tidak lagi disokong. Selain pustaka muka taip Monotype, Adobe juga menambah sokongan abjad Bahasa Arab, Cina, Jepun, Korea, Thail, Hindi, dan banyak lagi.

Tiada bayaran lesen tambahan perlu dilakukan pelanggan Creative Cloud untuk menggunakan kesemua muka taip baharu ini. Mereka hanya perlu pergi ke aplikasi Creative Cloud dan mencari muka taip yang diingini di bawah pilihan Adobe Fonts.

Proses mencari muka taip gantian yang hilang juga dipermudahkan terus dari dalam Photoshop, InDesign, Express dan Illustrator. Sila kemas kini aplikasi Adobe anda untuk mengakses ciri baharu ini.


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply