Kita sudah memasuki era agen kecerdasan buatan (AI) yang digunakan untuk menggantikan pekerja manusia. Agen ini sudahpun disokong oleh OpenAI, Grab dan hari ini diumumkan juga oleh Adobe. Hari ini Google melancarkan protokol Agent2Agent (A2A) yang membolehkan pelbagai agen AI bekerjasama antara satu sama lain.

Protokol sumber terbuka ini membolehkan agen yang tidak berkongsi sistem, memori dan rangkaian bekerjasama antara satu sama lain seperti manusia. Bagi membolehkan pelbagai sistem sedia ada berfungsi dengan A2A, standard HTTP, SSE, JSON-RPC dan banyak lagi akan disokong.
A2A turut menerima sokongan rakan teknologi Atlassian, Box, Cohere, Intuit, Langchain, MongoDB, PayPal, Salesforce, SAP, ServiceNow, UKG, Workday, Accenture, BCG, Capgemini, Cognizant, Deloitte, HCLTech, Infosys, KPMG, McKinsey, PwC, TCS, dan Wipro.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.