Devialet Membuka Kedai Konsep Pertama Di Malaysia  Di Pavilion Kuala Lumpur

Segmen audio premium di Malaysia dilihat berkembang pesat kebelakangan ini dengan munculnya beberapa jenama premium bertapak di Malaysia. Devialet, salah satu jenama yang sudah beberapa tahun berada di pasaran tempatan telah mengumumkan kedai konsep pertama mereka di Malaysia yang kini dibuka di Pavilion Kuala Lumpur.

Jika sebelum ini anda perlu hadir ke kedai yang mungkin turut mempamerkan peranti audio jenama lain, di kedai konsep Devialet Pavilion Kuala Lumpur terdapat pelbagai peranti audio premium yang boleh anda cuba. Antara peranti yang anda boleh cuba termasuklah fon telinga Gemini, Soundbar Dione, pembesar suara mudah alih Mania yang pernah diulas sebelum ini, dan juga sistem audio teater Phantom.

Malah mereka turut menyediakan bilik audio yang menempatkan set teater rumah Phantom 5.1 bagi membolehkan anda mendengar sendiri kualiti bunyi pembesar suara premium ini. Anda juga boleh melihat sendiri beberapa peranti edisi khas Opera De Paris yang menerima sentuhan material khusus untuknya. 

Dengan wujudnya kedai konsep Devialet di Pavilion Kuala Lumpur memberikan satu kayu ukur baharu kepada dunia audio premium di Malaysia, termasuklah kolaborasi mereka bersama Denza, iaitu segmen premium dari BYD. Antara jenama premium yang tersedia di Malaysia termasuklah Sonos, Cabasse, Bowers & Wilkins dan bermacam lagi. 


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply