Saya #RemajaMalaysia: Baiti Mohamed, Juara UiTM Degree Fashion Show 2024

Saya #RemajaMalaysia EP:3 bersama Baiti Mohamed, pemenang anugerah Gold UiTM Degree Fashion Show 2024

Koleksi Nur Baiti (atau ByTie) ini diilhamkan daripada seni arca seramik ‘Comb Form’ dan mengenepikan 51 orang pelajar lain yang turut menampilkan koleksi tiga rekaan lengkap masing-masing ✨

Menariknya, bukan hanya koleksi Baiti yang mencuri perhatian warganet sejurus kemenangannya diumumkan. Malah, ramai juga tertarik dengan penampilan empunya badan sendiri yang berprinsipkan fesyen sederhana Muslimah sekaligus merobek stereotaip dunia fesyen yang acapkali sinonim dengan gaya pemakaian di luar kotak.

#MajalahRemaja #Remaja
#UiTMDegreeFashionShow


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply