Menyambut Aidilfitri di Kluang, Johor, pelakon Trisha Ooi berkata dia sudah bersedia untuk menjawab segala persoalan melibatkan soal jodoh daripada keluarga.
Soalan peribadi
Bagaimanapun, pelakon berusia 26 tahun ini berharap keluarga akan lebih fokus bertanyakan mengenai karier seninya berbanding kisah peribadi.
ARTIKEL BERKAITAN: Impian Jadi Kenyataan! Trisha Ooi Teruja Dapat Tawaran One Cent Thief 2 – “Saya Tak Akan Siakan Peluang Ni!”
ARTIKEL BERKAITAN: Sanggup Tindik Kening & Potong Rambut Pendek Antara Persediaan Trisha Ooi Nak Jiwai Watak ‘D’ – “Secara Mental, Saya Menyelami…”
“Normal la bila keluarga tanya saya, ‘baby, raya tahun ini balik dengan siapa? Raya tahun ini ada nak kenal dengan sesiapa ke? Raya tahun ini masih single ke?’.
“Tapi itulah, saya pun tak tahu jodoh pergi mana. Sesat kot. Saya okay saja dan melayan saja soalan-soalan sebegitu. Sejak dua tiga tahun ini saja asyik dapat soalan sama.
“Cuma saya harap, tahun ini mereka (keluarga) lebih fokus pada karier saya,” kata Trisha kepada Gempak.
Memahami kerjaya
Dalam pada itu, pemilik nama Reyshqa Aqiera Mohd Nasron Ooi ini memberitahu ibunya pernah bertanya mengenai teman lelaki namun kini lebih memahami dirinya mahu memberi fokus pada kerjaya.
“Sebelum saya fokus pada bidang seni, mummy saya ada la tanya sebab saya tak pernah bawa balik teman lelaki atau kawan lelaki untuk dikenalkan.
“Jadi mummy ada la tanya ‘baby tak ada teman lelaki yang nak kenalkan dengan mummy?’. Tapi saya memang tak ada, saya tak fokus ke arah itu lagi sebab ketika itu masih muda.
“Tapi bila saya dah makin serius dalam bidang seni sebagai pelakon, mummy saya lebih memahami saya sekarang tengah mengejar impian,” ujarnya.
Sementara itu, pelakon drama bersiri One Cent Thief ini juga memberitahu tiada lelaki juga mendekati dirinya dan buat masa sekarang dia juga belum bersedia untuk bercinta.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.