Laluan Seafield-Bandar Saujana Putra kembali dibuka 1.51 petang

Laporan Sinar Harian berhubung penutupan laluan Seafield-Bandar Saujana Putra

SHAH ALAM – Laluan di antara Seafield hingga ke Bandar Saujana Putra di Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) (Arah Selatan) telah dibuka semula kira-kira jam 1.51 petang tadi.

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) berkata, laluan berkenaan ditutup untuk semua kenderaan sebagai langkah keselamatan susulan insiden kebakaran di Putra Heights berhampiran lebuhraya berkenaan.

“Sehubungan itu, PLUS mengucapkan terima kasih atas sokongan, kerjasama dan kesabaran semua pengguna lebuhraya semasa tempoh penutupan laluan dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Terdahulu, PLUS memaklumkan pengguna yang menghala ke selatan akan dilencongkan ke Plaza Tol Seafield dan masuk semula ke Lebuhraya ELITE menerusi Plaza Tol Bandar Saujana Putra.

Katanya, pengguna yang menghala ke utara diarahkan keluar di Plaza Tol Bandar Saujana Putra dan masuk semula ke Lebuhraya ELITE melalui Plaza Tol Seafield.

Selain itu, katanya, pengguna dinasihatkan merancang perjalanan dan menggunakan aplikasi navigasi seperti Waze atau Google Maps pada ketika ini.


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply