Hargai Pengorbanan Isteri, Prince Syed Hadiahkan Baju Raya Bernilai Hampir RM830,000 – “Penuh Batu Swarovski, Busana Termahal Pernah Saya Buat”

Usahawan dan personaliti media sosial, Prince Syed tampil berkongsi nilai busana yang dipakai oleh isterinya, Queen Syarifah ketika menyambut hari pertama Aidilfitri.
 

Busana raya isteri hampir RM830,000

Menerusi perkongsiannya di TikTok, Prince Syed memaklumkan baju tersebut merupakan busana termahal yang pernah dibuat.

Jelas Prince Syed lagi, busana itu mengambil masa lima hari untuk disiapkan kerana memerlukan ketelitian selain dihiasi dengan batu kristal Swarovski asli di seluruh baju tersebut.

“Ini lah baju raya istimewa buat isteriku tercinta, pakaian simple bernilai hampir RM830,000. Biar betul?

“Ya betul sebab perincian fully beaded dan ditaburi penuh gemerlapan Batu Kristal Swarovski asli yang di letakkan di seluruh pakaian isteri ku ini.

“Alhamdulillah pembikinan baju ini mengambil masa hampir 5 hari dan baju ini antara baju yang paling susah untuk dibuat kerana perlu ketelitian untuk pembikinan busana termahal yang pernah saya buat sepanjang saya jahit baju untuk isteri ku ini,” jelasnya.

 

Hargai pengorbanan isteri

Dalam pada itu, Prince Syed berkata harga busana termahal itu sebenarnya tidak setanding dengan pengorbanan yang dilakukan oleh isterinya demi keluarga.

“Semuanya dibuat dengan hasil titik peluh ku sebagai hadiah raya terhebat untuk isteri ku yang sangat hebat di mata ku.

“Sebenarnya bukan nilai itu yang patut dipandang tetapi pengorbanan isteri yang harus dipandang sebab pengorbanannya tiada nilai.

“Walaupun saya diuji dengan kaki saya tak boleh berjalan kerana jatuh dalam longkang sehingga menyebabkan tisu kaki saya koyak saya reda, saya kena tetap teruskan beraya demi isteri dan anak-anak agar mereka gembira,” kongsinya.
 

Dedah harga keseluruhan baju raya keluarga

Dalam hantaran yang sama, Prince Syed juga turut mendedahkan nilai busana rayanya dan juga anak-anak.

Berikut merupakan nilai keseluruhan sambutan raya prince Syed dan keluarga:

Untuk isteri: 

Baju bertatahkan kristal Swarovski: RM 830K

Tudung Swarovski: RM 10K

Handbag Lady Dior : RM 30,500

Aksesori Jewellery Swarovski : RM 50K

Kasut : RM 200

Hadiah Set Emas Raya: RM 270K

 

Untuk Prince Syed:

Baju Melayu : RM 1k

Butang baju melayu Diamond : RM 13K

Sampin tenun: RM 5800

 

Untuk anak lelaki:

Baju Melayu : RM 750

Butang Baju Melayu Swarovski : RM 3K

 

Untuk anak perempuan:

Baju bertatahkan kristal Swarovski : RM 320K

Aksesori Jewellery Swarovski : RM 10K

Hadiah set emas raya: RM 75K
 

Dalam hantaran yang sama, Prince Syed menegaskan dia bukanlah berniat untuk menunjuk sebaliknya ingin memberitahu ganjaran mencari rezeki yang halal.

Berikut merupakan perkongsian penuh Prince Syed:

@prince.syed.shahid

Selesai hari raya pertama ❤️ jumpa esok , doakan agar kaki saya cepat pulih ya 🤲🏻🥰 ameeennn Ini lah baju raya istimewa buat isteriku tercinta , pakaian simple bernilai hampir RM 830K 😱 biar betul , ya betul sebab perincian fully beaded dan ditaburi penuh gemerlapan Batu Kristal Swarovski asli yang di letakkan di seluruh pakaian isteri ku ini , dan Alhamdulillah pembikinan baju ini mengambil masa hampir 5 hari dan baju ini antara baju yang paling susah untuk dibuat kerana perlu ketelitian untuk pembikinan busana termahal yang pernah saya buat sepanjang saya jahit baju untuk isteriku ini, semua nya dibuat dengan hasil titik peluhku sebagai hadiah raya terhebat untuk isteriku yang sangat hebat dimataku , sebenarnya bukan nilai tu yang patut dipandang tetapi pengorbanan isteri yang harus dipandang sebab pengorbanan nya tiada nilai , Walaupon harini saya diuji dengan kaki saya x boleh berjalan kerana jatuh dalam longkang sehingga menyebabkan tisu kaki saya koyak 😭 saya redha , sy kene tetap teruskan beraya demi isteri dan anak2 agar mereka happy Alhamdulillah rezeki Untuk wife sahaja Baju bertatahkan kristal Swarovski : RM 830K Tudung Swarovski : RM 10K Handbag Lady Dior : RM 30,500 Aksesori Jewellery Swarovski : RM 50K Kasut : RM 200 Hadiah Set Emas Raya : RM 270K Untuk diriku : Baju Melayu : RM 1k Butang baju melayu Diamond : RM 13K Sampin tenun : RM 5800 Untuk anak lelaki : Baju Melayu : RM 750 Butang Baju Melayu Swarovski : RM 3K Untuk anak Perempuan : Baju bertatahkan kristal Swarovski : RM 320K Aksesori Jewellery Swarovski : RM 10K Hadiah set emas raya : RM 75K Tak sangka tahun ni saya mampu memiliki pakaian sedemikian rupa , bukan untuk menunjuk tapi ingin memberitahu ramai diluar sana , cari rezeki halal in sha Allah , Allah akan beri ganjaran dan mudahkan urusan kita , cukup sekali pon tak per kita dapat merasa sedikit nikmat syurga dunia , jangan selalu sebab sayang sangat duit jika digunakan selalu pada benda mahal2 camni, raya setahun sekali , kita merasa sedikit hasil duit yang kita cari selama setahun untuk reward diri sendiri di hari raya , hari kemenangan umat islam

♬ original sound – LaguRaya


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply