Duffy Buat Kemunculan Semula Selepas Insiden Diculik Dan Dirogol

Lama menyepi tanpa khabar berita, penyanyi terkenal, Duffy, kembali mencuri perhatian ramai apabila tampil buat pertama kali dalam tempoh lebih 10 tahun menerusi satu video di TikTok!

Kemunculan Duffy itu adalah bagi mempromosikan versi remix UK garage lagu hitnya yang pernah menjadi siulan ramai, Mercy.

Menerusi video yang dimuat naik akaun @e.motion, penyanyi itu dilihat menyanyi miming lagu tersebut sambil sempat mengerdipkan mata ke arah kamera.

Untuk info, Mercy adalah single dari album debutnya Rockferry yang pernah dinobatkan sebagai Album Vokal Pop Terbaik di Anugerah Grammy.

Selain itu, Duffy juga pernah dicalonkan dalam kategori Artis Baru Terbaik dan Persembahan Vokal Wanita Terbaik – bukan calang-calang!

Namun di sebalik kegemilangan itu, ramai yang tertanya-tanya mengapa Duffy ‘hilang’ dari radar dunia hiburan sebaik melancarkan album keduanya, Endlessly.

Albumnya kedua Duffy.

Imbas kembali pada tahun 2020, segalanya terjawab apabila Duffy mendedahkan kisah hitam dan menyayat hati yang menimpanya menerusi satu penulisan blog.

“Saya ok dan selamat sekarang. Tapi saya pernah dirogol, diberi dadah dan ditahan dalam sebuah bilik. Pemulihan mengambil masa bertahun-tahun,” tulisnya.

Lebih mengejutkan, Duffy turut berkongsi bahawa kejadian itu berlaku pada hari lahirnya. Dia diberi dadah di restoran, kemudian dibawa ke luar negara tanpa sedar.

Dia hanya tersedar semula dalam sebuah kenderaan bergerak sebelum diculik dan dikurung di bilik hotel oleh seorang lelaki yang mengancam mahu membunuhnya.

“Saya tak tahu dari mana kekuatan itu datang. Tapi saya bertahan, dan akhirnya berjaya melepaskan diri,” kongsi Duffy yang menjalani proses pemulihan dengan bantuan psikologi dan berpindah-randah demi keselamatan.

Walaupun tidak lagi aktif menyanyi sejak 2010, pada 2015 Duffy pernah membuat kemunculan dalam filem Legend memegang watak sebagai Timi Yuro. Namun begitu dia tidak membuat sebarang penampilan secara terbuka sehinggalah baru-baru ini.

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

 

 

 

 


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply