Pelancaran Roket Pertama Dari Eropah Berakhir Dengan Kegagalan

Percubaan pertama melancarkan roket dari benua Eropah berakhir dengan kegagalan pada Ahad lalu. Roket Spectrum keluaran Isar Aerospace yang berpangkalan di Jerman cuba dilancarkan dari Pangkalan Angkasa Andoya di Norway tetapi gagal selepas 30 saat. Pada ketika ini pihak Isar belum mengeluarkan kenyataan mengapa percubaan sulung ini berakhir terlalu pantas sebelum ia terhempas hampir dengan tapak pelancaran.

Secara tradisinya tapak pelancaran roket diletakkan berhampiran Garisan Khatulistiwa kerana putaran bumi membantu melonjakkannya ke orbit. Faktor kedua Eropah dan negara hemisfera Utara tidak menjadi lokasi pelancaran ialah kerana perlunya kawasan lapang jauh daripada penempatan awam.

Isar mempunyai perancangan menawarkan perkhidmatan pelancaran kargo sehingga 1000 kilogram ke orbit bumi rendah (LEO) kepada pelanggan. Walaupun misi ini gagal, data yang dikumpul akan membantu pembangunan Spectrum 2 dan Spectrum 3 yang telahpun dimulakan.

Rusia dan China mampu melancarkan roket mereka daripada hemisfera utara kerana tapak pelancaran yang terletak di gurun dan kawasan terpencil. Agensi Angkasa Eropah (AESA) melancarkan roket mereka dari Guiana Perancis yang terletak di Amerika Selatan sejak 1968. Pelancaran roket dari Eropah akan dapat mengurangkan kos kerana kelengkapan tidak perlu dibawa menyeberangi lautan terlebih dahulu.


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply