Pelakon terkenal Indonesia, Luna Maya membuat ramai peminat tersenyum manis apabila dia berkongsi berita gembira perkembangan hubungan cintanya pada hari raya kedua.
Dalam satu hantaran di Instagram, pelakon cantik ini memuat naik momen istimewa ketika dirinya dilamar oleh sang kekasih hati, Maxime Bouttier.
Menjadikan suasana lebih romantik, lamaran itu berlaku di Jepun, berlatar belakangkan deretan pokok sakura berbunga merah jambu yang sedang mekar.
Dalam gambar yang dimuat naik, Maxime kelihatan melutut sambil menghulurkan cincin. Luna dilihat terkejut, terharu dan akhirnya memeluk erat Maxime.
Pada kapsyen hantaran tersebut, pelakon berusia 42 tahun itu mencoret kata positif sekaligus mengesahkan hubungannya dan Maxime kini masuk ke fasa baharu.
“Dengan hati yang penuh cinta, aku berkata ya untukmu, untuk perjalanan indah yang kita lakarkan bersama ini, untuk selama-lamanya,” tulis Luna di kapsyen.
BACA JUGA: Maxime Bouttier Akhirnya Berkongsi Perihal ‘Cinta’ Dengan Luna Maya, Genap Setahun Bersama
BACA JUGA: Luna Maya Lakukan ‘Pembekuan Telur’ Sebagai Persiapan Masa Hadapan Untuk Mendapatkan Anak
Menjengah ke Instagram Maxime pula, bintang kacak berusia 32 tahun itu tak ketinggalan berkongsi perasaannya.
“Melangkah menuju ke bab seterusnya,” tulisnya ringkas namun penuh makna.
Imbas kembali, pasangan sama cantik sama padan ini telah menjalinkan hubungan cinta selama lebih dua tahun.
Walaupun baru sahaja menjalin cinta, Luna dan Maxime terlebih dahulu pertama kali bertemu pada 2011 dan pernah membintangi sinetron yang sama.
Walaupun memiliki perbezaan usia sebanyak 10 tahun, perkara tersebut tidak menjadi halangan dan nampaknya cinta mereka tetap utuh dan makin mekar laksana bunga sakura.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.