Microsoft mengemaskini Windows 11 hari ini dengan membawakan ciri yang dahulunya eksklusif untuk Copilot+ PC Snapdragon ke Copilot+ PC yang dilengkapi cip AMD dan Intel. Ciri tersebut ialah Live Captions, Cocreator, Restyle Image dan Image Creator. Hanya cip daripada siri AMD Ryzen AI 300 dan Intel Core Ultra 200V akan menyokong kesemua ciri yang dikuasakan kecerdasan buatan (AI) ini.

Live Captions memberikan sari kata alih bahasa secara masa nyata apabila menggunakan aplikasi telesidang, menonton video dan podsiar. Cocreator pula membantu pengguna menjana imej berdasarkan lakaran kasar menggunakan Paint. Restyle Image dan Image Creator membolehkan gambar diubah suai dengan prom serta menjana imej baharu menggunakan prom yang dimasukkan oleh pengguna.
Pada waktu yang sama ciri baharu Voice Access diperkenalkan untuk Copilot+ PC menggunakan cip Snapdragon. Ia membolehkan pemilik berinteraksi menerusi arahan suara dengan PC mereka. Ciri ini akan diberikan kepada peranti AMD dan Intel menjelang penghujung tahun ini.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.