Pemergian penyanyi Korea Selatan, Wheesung, pada awal bulan ini nyata mengejutkan industri hiburan dan para peminat di seluruh dunia.
Terbaru, pihak polis yang menyiasat kes berkenaan memaklumkan bahawa mereka telah menerima laporan penuh hasil bedah siasat daripada Perkhidmatan Forensik Kebangsaan (NFS).
Menurut kenyataan rasmi yang dibuat pada Isnin, 31 Mac, pihak berkuasa mengesahkan bahawa tiada sebarang unsur jenayah atau perbuatan khianat dikesan dalam kes kematian penyanyi berusia 43 tahun itu.
Bagaimanapun, demi menjaga maruah mendiang serta menghormati perasaan keluarga yang masih bersedih, pihak polis mengambil keputusan untuk tidak mendedahkan punca sebenar kematian kepada umum.
BACA JUGA: Penyanyi Korea Selatan, Wheesung, Meninggal Dunia Pada Usia 43 Tahun
Untuk rekod, Wheesung ditemui tidak bernyawa di kediamannya di kawasan Gwangjin-gu, Seoul pada malam 10 Mac yang lalu.
Ketika penemuan mayatnya, tiada tanda-tanda pencerobohan atau kejadian luar biasa ditemui di lokasi kejadian.
Laporan awal daripada NFS sebelum ini menyatakan bahawa punca kematian masih belum dapat dipastikan ketika itu, sekaligus mendorong siasatan lanjut dijalankan.
Imbas kembali, Wheesung memulakan debutnya dalam dunia tarik suara pada tahun 2002 menersi album pertama Like a Movie dan dengan pantas meraih populariti menerusi lagu hitnya Can’t I?.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.