Salah satu pembelian yang tidak merugikan untuk Google adalah YouTube. Ia sedia menjana pendapatan lebih $54 bilion pada 2024 yang lepas, dan kini mengikut penganalisa, YouTube dijangka mengatasi Disney pada tahun ini dari segi pendapatan, sekaligus memposisikan ia sebagai “raja segala media” di dunia.
YouTube sedia menjana pendapatan melalui pengiklanan, disamping mempunyai langganan YouTube Premium yang membolehkan pengguna membayar, dan tidak melihat iklan ketika menggunakannya. Ini sahaja sedia membuatkan YouTube menerajui arena video – mendahului pelbagai perkhidmatan penstriman lain. Disamping itu, populariti YouTube di kalangan kanak-kanak juga turut menewaskan Disney, selain mana penggunaan YouTube di kaca televisyen turut meningkat dari hari ke hari.
Platform berkenaan menjadi pusat sehenti untuk pelbagai perkongsian kandungan, malah terdapat beberapa saluran tempatan yang menerbitkan filem penuh secara rasmi terus pada YouTube. Tidak setakat itu, YouTube juga menjadi pusat tumpuan untuk pelbagai kandungan podsiar hari ini.
Dengan cabaran terhadap Disney ini, ia tidak diketahui apakah perancangan syarikat berkenaan untuk tahun ini. Dengan perkembangan ini, YouTube sahaja dinilaikan sekitar $550 bilion sekiranya ia diasingkan sebagai sebuah perniagaan atau entiti lain dan bukan dibawah Google.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.