Asus hari ini menerbitkan sebuah video acah terbaru, sekaligus mengacah pengenalan konsol mudah-alih Xbox yang akan dikeluarkan oleh mereka. Konsol mudah-alih ini dilihat akan meneruskan penggunaan penjenamaan ROG Ally.

Buat masa ini, informasi penuh berkenaan dengan konsol mudah-alih ini masih samar-samar lagi. Melalui video acah berkenaan, Asus mengatakan konsol baharu ini akan membawa rekaan yang baharu, selain ia menyediakan kapasiti lebih tinggi, serta pemprosesan lebih laju. Kuasa bateri juga dijangka lebih baik pada konsol mudah-alih ini.
Microsoft sedia dikatakan bekerjasama dengan beberapa pengeluar untuk hadir dengan konsol mudah-alih Xbox, sebagai salah satu langkah bersaing dengan konsol SteamOS yang semakin meningkat naik di pasaran kebelakangan ini. Dengan hadirnya video acah oleh Asus ini, sama-sama kita nantikan konsol mudah-alih Xbox tidak lama lagi.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.