OpenAI Kini Dinilaikan $300 Bilion – Mempunyai 500 Juta Pengguna Menggunakan ChatGPT Setiap Minggu

OpenAI hari ini mengumumkan mereka telah meraih suntikan dana baharu berjumlah $40 bilion, yang menilaikan syarikat kecerdasan buatan berkenaan pada nilai $300 bilion. Dana ini dikatakan akan digunakan oleh OpenAI dalam terus membangunkan kecerdasan buatan, termasuk dari segi infrastruktur komputer dan penawaran pelbagai fungsi-fungsi baharu oleh OpenAI.

Selari dengan pengumuman pendanaan ini, OpenAI turut mengatakan kini mereka mempunyai lebih 500 juta pengguna yang menggunakan ChatGPT setiap minggu.

Malah, sejak seminggu kebelakangan ini, sejak pengenalan integrasi ciri penjanaan imej baharu pada ChatGPT, angka pengguna terus meningkat. Ciri berkenaan masih belum diperkenalkan untuk pengguna percuma – yang mana dijangka akan membuatkan lebih ramai menggunakannya.

OpenAI menyatakan mereka bekerjasama dengan SoftBank Group untuk pendanaan terbaru ini.


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply