Thunderbird Bakal Menawarkan Perkhidmatan Emel Tersendiri – ThunderMail

Thunderbird merupakan salah satu perisian sumber terbuka berbentuk klien emel yang popular. Ia ditawarkan untuk desktop, dan baru-baru ini turut telah memperluaskan penawaran kepada pengguna peranti Android.

Tidak setakat itu, kini pasukan pembangun Thunderbird turut berkongsi perancangan untuk memperkenalkan perkhidmatan emel tersendiri. Ini sekaligus akan memposisikan ia sebagai salah satu pesaing kepada GMail, Outlook dan juga Yahoo! Mail.

Dinamakan sebagai ThunderMail, ia masih pada peringkat pembangunan. Salah satu perkara utama yang akan membezakan perkhidmatan ThunderMail berbanding yang lain adalah ia akan dibangunkan dalam bentuk sumber terbuka, selain menawarkan fokus terhadap privasi dan juga kebebasan pengguna dalam mengawalnya.

Buat masa ini, ia tidak dinyatakan lagi bilakah akan dilancarkan secara rasminya. Ini adalah sebahagian daripada perancangan pihak ThunderBird dalam bergerak ke hadapan. Disamping ini, mereka turut menyasarkan pengenalan ciri berbayar melalui ThunderBird Pro, yang memberikan akses kepada beberapa perkara, termasuk storan untuk penghantaran emel.


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply