
CHISINAU – Sebahagian penduduk di bandar Comarnic, Romania dipindahkan berikutan kebocoran asid sulfurik dari sebuah lori tangki di lebuh raya DN1, lapor saluran televisyen Romania, Digi 24, pada Isnin seperti yang dipetik oleh Sputnik/RIA Novosti.
Pihak berkuasa turut mengambil langkah menutup laluan di kedua-dua arah bagi mengelakkan sebarang risiko kepada pengguna jalan raya.
Pasukan khas yang bertanggungjawab terhadap pengendalian risiko kimia, biologi, radiologi dan nuklear (CBRN) dikerahkan ke lokasi kejadian.
Pihak berkuasa memutuskan untuk memindahkan penduduk dalam lingkungan radius 100 meter dari lokasi lori tangki serta 500 meter ke arah tenggara mengikut arah angin.
Kebocoran asid sulfurik dilaporkan berlaku melalui injap utama tangki dan masih belum dapat dihentikan.
Usaha sedang dilakukan untuk menutup kebocoran pada injap berkenaan. – Bernama/Sputnik/Ria Novosti
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.