Kim Soo-hyun Menangis Ketika Sidang Media. Fail Saman Fitnah RM41 Juta Berkaitan Isu Kematian Kim Sae-ron

Pelakon terkenal Korea, Kim Soo-hyun akhirnya tampil bersuara selepas dihimpit pelbagai spekulasi panas melibatkan dirinya dan mendiang Kim Sae-ron.

Dalam satu sidang media yang berlangsung pada 31 Mac, bintang drama It’s Okay to Not Be Okay itu menangis teresak-esak ketika menafikan dakwaan bahawa dia pernah menjalinkan hubungan cinta dengan Sae-ron sewaktu aktres itu masih bawah umur.

Malah, Soo-hyun turut dituduh menafikan bahawa dia menjadi punca tekanan kewangan yang didakwa menyebabkan kematian tragik pelakon muda itu.

“Saya tidak pernah ada hubungan dengannya semasa dia dibawah umur, dan tidak benar sama sekali bahawa dia mengambil keputusan sebegitu kerana tekanan akibat hutang daripada saya atau agensi,” tegasnya.

Dalam nada sebak dan mengalir air mata, pelakon tampan itu menjelaskan dia terpaksa tampil mempertahankan diri kerana dakwaan yang dilemparkan terlalu berat dan mencemarkan reputasi serta emosinya.

BACA JUGA: Keluarga Kim Sae-ron Tuntut Kim Soo-hyun Mohon Maaf

BACA JUGA: Kim Sae-ron, Pelakon Siri Netflix Bloodhounds, Ditemui Meninggal Dunia

BACA JUGA: Punca Kematian Pelakon Korea Selatan, Kim Sae-ron, Didedahkan Pihak Berkuasa

Susulan itu, wakil peguamnya mengumumkan tindakan undang-undang akan diambil termasuk saman sivil sebanyak 12 bilion won Korea bersamaan kira-kira RM41 juta.

“Kami telah memfailkan aduan jenayah terhadap individu yang mengaku sebagai saudara mendiang, termasuk wanita yang mendakwa dirinya ibu saudaranya.

“Tidak cukup dengan itu, kami turut menyaman pengendali saluran YouTube popular Garo Sero Institute (Gaseyeon) yang giat menyebarkan dakwaan palsu,” kata peguam tersebut.

Tindakan ini diambil selepas beberapa pihak termasuk keluarga mendiang dan YouTuber terkenal tampil membuat tuduhan berat seperti ‘grooming’ gadis bawah umur, penderaan emosi dan pengabaian.

Kesemua pertuduhan tersebut dinafikan sekeras-kerasnya oleh Kim Soo-hyun.

Namun sepanjang penjelasannya itu, satu perkara yang membuatkan ramai pihak tertanya adalah tindakan Soo-hyun  memanggil Kim Sae-ron sebagai si mati berbanding menyebut nama mendiang.

Imbas kembali, Kim Sae-ron ditemui mati akibat bunuh diri pada 16 Februari 2025 selepas dikatakan bergelut dengan masalah kesihatan mental kerana tekanan hidup dan hutang yang menggunung.

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

 


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply