Apple kini dilaporkan sedang membangunkan aplikasi Health yang diberikan nafas baharu, yang mana turut akan mengintegrasikan ejen AI khusus memfokuskan kesihatan melaluinya.

Ejen AI memfokuskan kesihatan ini dikatakan akan cuba untuk mengikut seumpama doktor, dimana ia akan menggunakan pelbagai data yang dihimpunkan berasaskan kesihatan melalui penggunaan Apple Watch, dan seterusnya memberikan nasihat yang sesuai untuk setiap pengguna dalam menambah-baik tahap kesihatan. Bloomberg melaporkan Apple akan turut melatih ejen AI ini menggunakan data-data kesihatan daripada pakar-pakar kesihatan, meliputi pelbagai kategori berbeza, termasuk pakar makanan, pakar tidur, pakar kesihatan mental, dan lain-lain.
Selain ejen AI, Apple turut dijangka memberikan fokus terhadap pemantauan pengambilan makanan melalui kemaskini Apple Health akan datang ini.
Ciri ini dilaporkan akan hadir sekitar tahun 2026 kelak, melalui kemaskini iOS 19.4.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.