Tren transformasikan foto menjadi karikatur seakan karya Studio Ghibli yang sohor kini di platform media sosial bukan hanya sedang ‘mendunia’ di Malaysia bahkan di negara-negara Barat yang enggan melepaskan peluang mencubanya.
Tren yang mengguna pakai teknologi Kecerdasan Buatan atau Artificial Intelligence (A.I) itu membolehkan foto peribadi korang kelihatan seakan dalam dunia animasi tersebut.
Begitupun, salah seorang individu yang sehingga kini tidak boleh menerima penggunaan teknologi A.I dalam penciptaan semula karya animasi ialah pencipta Studio Ghibli sendiri iaitu Hayao Miyazaki.
Hayao Miyazaki
Baru-baru ini, satu rakaman video dari tahun 2016 telah muncul semula di mana ia menampilkan Miyazaki memberi kritikan pedas terhadap pembuatan animasi dengan bantuan A.I; malah beranggapan A.I merupakan satu bentuk penghinaan kepada pengkarya seni sejati serta industri kreatif.
“Sesiapa yang menciptakan ini (merujuk kepada karya animasi A.I yang dipertontonkan kepadanya dan penerbit animasi, Toshio Suzuki) tidak tahu makna kesukaran.
“Saya benar-benar meluat.”
“Sekiranya anda ingin sekali mencipta karya seperti itu, anda boleh teruskan dengan niat itu dan lakukannya.
“(Bagaimanapun) Saya tidak ingin mengguna pakai teknologi ini bagi penghasilan karya-karya saya. Saya benar-benar merasakan (teknologi A.I) merupakan satu penghinaan kepada kehidupan itu sendiri,” tegasnya.
Miyazaki memahami teknologi akan terus luas berkembang dan kemungkinan artis visual akan ditukar ganti oleh mesin yang boleh melukis sebaik manusia adalah sesuatu yang tidak boleh dielakkan.
Namun, beliau tetap dengan pendiriannya. Dalam nada sedih, Miyazaki merasakan dunia seni kini sedang berada di era kejatuhannya.
“Manusia semakin hilang kepercayaan terhadap kebolehan mereka sendiri.
Since this utter garbage is trending, we should take a look at what Hayao Miyazaki, the founder of Studio Ghibli, said about machine created art. https://t.co/1TMPcFGIJE pic.twitter.com/IvaM9WZL3T
— Nuberodesign (@nuberodesign) March 26, 2025
Pandangan Miyazaki terhadap teknologi A.I sememangnya sudah lama diketahui.
Bukan hanya Miyazaki yang meluahkan sentimen kecewa sebegini, malahan A.I telah mencetuskan polemik dalam dunia seni visual di mana mereka merasakan algoritma A.I tidak sesekali boleh mengambil tempat daya kreatif dan emosi manusia.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.