Amerika Syarikat (AS) akan menganjurkan Piala Dunia 2026 bersama tuan rumah tambahan dari Mexico dan Kanada yang akan mengalu-alukan 48 pasukan yang sedang merebut tiket menerusi pusingan kelayakan.
Setakat ini, selain tiga negara secara automatiknya sudah layak sebagai penganjur, Jepun, New Zealand, Iran dan juara bertahan, Argentina, juga mengesahkan tempat selepas melalui kempen cemerlang.
Namun, persoalan bermain di minda peminat bola sepak dunia apabila Presiden AS, Donald Trump, mengenakan sekatan memasuki negara itu kepada beberapa negara yang terlibat serata dunia.
Perkara ini merisaukan kerana Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) belum mengeluarkan sebarang kenyataan tetapi senarai negara yang dilarang telah pun dihebahkan oleh pentadbiran AS.
— SPORTbible (@sportbible) March 28, 2025
Tanpa mengira status kelayakan, pasukan yang disenaraikan masih belum mengetahui tindakan seterusnya sama ada memohon pengecualian dengan tetap meneruskan kempen atau perlu menarik diri.
Tumpuan terarah kepada berita tersebut menjelang kejohanan paling berprestij itu akan bermula tahun depan.
Untuk perincian lebih lanjut dan senarai negara yang dilarang oleh AS, boleh baca di sini:
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.