Gempa bumi di Myanmar: Bangunan, jambatan di Pulau Pinang tidak terkesan
Semua struktur bangunan di Pulau Pinang termasuk dua jambatan di negeri ini tidak terkesan berikutan kejadian gempa bumi kuat berukuran 7.7 magnitud melanda Myanmar pada Jumaat, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Iskandar Othman.
Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata, bangunan pentadbiran kerajaan negeri di Kompleks Tun Abd Razak (Komtar) juga selamat berikutan struktur binaannya yang direka berupaya mengelakkan kemalangan sekiranya berlaku gempa bumi dan gegaran.
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #gempabumiMyanmar #gempabumi
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.