U Mobile Terima Surat Tawaran Rasmi Daripada SKMM – Bersedia Untuk Memulakan Pelaksanaan Rangkaian 5G

U Mobile hari ini mengumumkan mereka akhirnya telah menerima surat tawaran rasmi daripada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk pelaksanaan rangkaian 5G di Malaysia. Dengan langkah ini juga, U Mobile mengatakan mereka teruja untuk pengenalan rangkaian 5G generasi baharu oleh mereka.

Sebelum ini, kerajaan telah mengumumkan pelaksanaan dwi-rangkaian 5G di Malaysia, dimana satu lagi pihak akan dipilih untuk pelaksanaan selain Digital Nasional Berhad. Pada November 2024 lepas, secara mengejut pihak SKMM menganugerahkan pelaksanaan rangkaian kedua 5G ini kepada pihak U Mobile – yang membawa kepada pelbagai pertanyaan dari segi proses pemilihan, memandangkan pada awalnya ramai menyasarkan Maxis atau CelcomDigi dengan keupayaan lebih besar mungkin dipilih.

Dengan pemberian surat tawaran rasmi ini, pihak U Mobile boleh memulakan proses seterusnya dalam pembangunan rangkaian 5G dibawah mereka. U Mobile sendiri sebelum ini sedia menguji teknologi rangkaian 5G SA secara terhad dibeberapa lokasi.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bagaimanakah struktur pegangan pada Digital Nasional Berhad akan berubah, dan sama ada akan terdapat pihak lain yang menggunakan rangkaian 5G dibangunkan U Mobile atau sebaliknya.


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply