Jika bukan muslim, Ramadan seperti hukuman. Allah nombor satu — Onana

Bintang Liga Perdana Inggeris (EPL), Amadou Onana, berkongsi kisah sebagai seorang beragama Islam menghadapi rintangan berpuasa meskipun perlu turun latihan dan perlawanan bersama kelabnya.

Pemain Aston Villa itu tidak kekok dengan situasi tersebut malah menerapkan fikiran positif tatkala mengharungi sepanjang bulan Ramadan dengan tidak mengeluh kepenatan.

Bagi Onana, bulan mulia itu merupakan waktu yang sesuai untuk muhasabah diri dan mengukuhkan hubungan dengan Tuhan.

“Saya berasakan seperti seorang adi wira semasa bulan Ramadan.

“Sebagai seorang manusia, agama mendahului segalanya.

“Saya meletakkan Allah sebagai nombor satu terhadap segalanya.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Premier League (@premierleague)

“Ia tidaklah susah berbanding kehidupan sebenar.

“Mentaliti dan pemikiran sekadar berada di kepala,” katanya.

Walaupun turun bermain atau hadir ke sesi latihan, Onana tetap komited memberikan yang terbaik tanpa menghiraukan waktu rehat yang diberikan.

Hampir setiap masa pemain berusia 23 tahun itu ditanya bagaimanakah dirinya mampu menahan daripada makan dan minum sepanjang hari bergelar seorang pemain bola sepak profesional.

Katanya lagi, bekas pemain Everton itu tetap optimis, malah bangga dengan pendirian agamanya yang menjadi pedoman kehidupan seharian.

“Saya kerap menerima soalan sepanjang masa.

“Rakan sepasukan selalu tertanya-tanya bagaimana saya bisa melakukannya kerana mereka tidak mampu.

“Saya berkata bahawa diri sendiri harus menggunakan sepenuh tenaga.

“Jika anda bukan seorang muslim, anda akan menganggap Ramadan sebagai bulan hukuman.

“Sepanjang hari tidak makan, tidak minum tetapi terdapat banyak perkara positif. Betapa beruntungnya anda.

“Tiada apa yang lebih seronok apabila dapat pergi ke masjid dan bersembahyang bersama,” tambahnya.


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply