Mengantuk ketika memandu, apa kita boleh buat bila rasa mengantuk? Pernah ketika sedang memandu, mata rasa berat sangat? Tiba-tiba terkelip-kelip tak sedar, pandangan sudah kabur, kepala pun mula layu ke tepi. Itu tanda-tanda paling awal badan tengah bagi signal: “kau penat, berhenti dulu.”
Mengantuk Waktu Memandu, Bahaya Yang Boleh Meragut Nyawa
Masalah mengantuk ketika memandu ini bukan perkara baru. Tapi sayangnya, ramai antara kita ambil mudah. “Ala, sikit je lagi nak sampai.” “Aku ok je ni.” — ayat biasa yang kita guna untuk yakinkan diri, padahal badan dah tak larat langsung.
Kenapa Mengantuk Boleh Jadi Bahaya?
Bila mata sudah mula lelap walau sesaat, itu dah cukup untuk mengundang tragedi. Bayangkan tengah bawa kereta 90-110 km/j, tiba-tiba mata terpejam 2-3 saat. Dalam tempoh tu, kereta dah boleh terbabas, langgar divider, atau yang paling menakutkan — bertembung dengan kenderaan lain.
Lagi bahaya kalau bawa anak isteri atau penumpang lain. Satu nyawa mengantuk, habis semua boleh jadi mangsa.
Punca Mengantuk Masa Memandu
*Kurang tidur malam sebelumnya. Badan tak cukup rehat, otak tak fokus.
*Perjalanan jauh tanpa rehat. Bawa kereta berjam-jam tanpa berhenti langsung.
*Perut kenyang sangat. Makan berat sebelum memandu pun boleh buat kita rasa nak lena.
*Sunyi dalam kereta. Suasana tenang, lagu slow, aircond sejuk — semua ni boleh jadi ‘bantal’ secara tak langsung.
*Memandu waktu tengah hari atau malam. Ini dua waktu ‘kritikal’ yang ramai mudah lalai.
Apa Kita Boleh Buat Bila Rasa Mengantuk?
*Berhenti di R&R. Rehat 10-15 minit pun dah cukup segarkan balik badan.
*Tidur sekejap (power nap). Kalau terlalu mengantuk, tidur dalam kereta 20 minit.
*Basuh muka, keluar hirup udara segar. Simple tapi sangat membantu.
*Buka tingkap atau pasang lagu rancak. Kasi otak berjaga.
*Jangan malu tukar pemandu. Kalau ada penumpang yang boleh bawa, bagi dia drive dulu.
*Minum kopi atau minuman berkafein. Tapi jangan harap sangat – ini cuma bantuan sementara.
Mengantuk semasa memandu bukan perkara kecil. Jangan fikir “aku boleh tahan”. Jangan paksa diri kalau badan sudah bagi amaran.
Bila rasa mata berat, hati tak sedap, berhenti rehatlah walau sekejap. Nyawa kita (dan nyawa orang lain) jauh lebih penting dari nak cepat sampai. Biarlah lambat, asal selamat.
BACA: Mengantuk Lepas Sahur & Berbuka, Ketahui Punca, Cara Cegah Food Coma
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.