Romantiknya Datuk Rashid Sidek, Ucapan ‘Sweet’ Buat Isteri Sempena Anniversary Ke-22 Bikin ‘Cemburu’!

Walau usia perkahwinan sudah pun mencecah lebih dua dekad namun kemesraan dan kasih sayang yang terjalin di antara Datuk Rashid Sidek dan isteri tercinta masih menebal. Ibarat sepasang kekasih yang sedang hangat bercinta. Sweet sangat!

Tanggal 21 Mac lalu genap 22 tahun usia perkahwinan bekas jaguh badminton negara ini. Sejak bersara dari arena badminton, Datuk Abdul Rashid Mohd Sidek giat menjadi penasihat dan tenaga pengajar bagi melahirkan pelapis atlet sukan tanah air.

Datuk Rashid Sidek Rai ‘Anniversary’ Ke-22

Biarpun sibuk merancang strategi memperkasa bidang sukan badminton namun tanggungjawab sebagai suami dan ayah tetap tidak dilupakan.

Buktinya, Datuk Rashid sentiasa ada bersama keluarga sewaktu meraikan hari-hari istimewa insan kesayangan seperti hari lahir isteri mahupun anak-anak.

Terbaharu, bersempena ulang tahun perkahwinan ke-22 bekas atlet yang meniti usia 57 tahun ini tidak ketinggalan menyambut hari istimewa tersebut dengan ratu hatinya, Datin Azehan Abdul Halim.

Artikel https://www.nona.my/21-tahun-kahwin-datin-azehan-abdul-halim-bahagia-jadi-isteri-bekas-jaguh-badminton-walau-beza-usia-11-tahun/

Malah menerusi perkongsian di media sosial, dia turut menitipkan ucapan romantis yang pastinya membuatkan setiap yang membaca titipan tersebut rasa dihargai dan tersentuh hati.

Tak sangka romantik orangnya, Datuk Rashid Sidek ini!

Sisi Romantik Datuk Rashid Sidek Buat Isteri Tercinta

Kongsinya, “Terima kasih isteriku kerana sudi menjadi pendamping kepada diriku! Senyum dan tawamu membangkitkan semangatku. Dakapanmu mencekalkan hatiku untuk lalui hari-hariku.

Kaulah kekuatan diriku. Susah senang kita sentiasa hadapi bersama. Sambutlah kasih dan sayangku di hari ulang tahun kita ini.”

Pasangan ini sah bergelar suami isteri pada 21 Mac 2003. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ikhwan, Azwin, Eizran dan Irfan.

Berkongsi hidup suka dan duka, Datuk Rashid dan Datin Azehan matang menempuh dugaan perkahwinan.

Apatah lagi Datuk Rashid yang merupakan anak bongsu kepada Dato’ Haji Mohd Sidek dan Datin Rukinah ini mempunyai jarak usia yang besar daripada umur isteri iaitu 11 tahun.

Pun begitu, ia tidak menjadi halangan buat suami isteri ini mencari persefahaman dalam melayari alam rumah tangga.

Legenda badminton negara ini dianugerahkan Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan 2021.

Artikel https://www.nona.my/cetus-fenomena-animasi-anak-anak-sidek-bekas-jaguh-badminton-datuk-rashid-sidek-kini-55-tahun-bapa-4-anak/

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ameer Zainuddin (@ameerzainuddin)

Semoga perkahwinan yang dibina kekal bahagia sampai ke syurga di samping anak-anak tersayang.

 

 


Posted

in

, , , , ,

by

Tags:

Comments

Leave a Reply