Aktor popular, Fattah Amin, mendedahkan bahawa keluarganya menerima dengan baik kehadiran penyanyi jelita, Amira Othman dalam hidupnya.
Menurut Fattah, keluarganya sangat gembira dan merestui hubungan baik yang terjalin antara mereka.
BACA: “Dah Berapa Kali Daddy Datang Tapi Tak Dapat Jumpa Fatima” -Fattah Amin
“Alhamdulillah, keluarga saya merestui, mereka suka sebab Amira pun ada datang ke majlis sebelum ini dengan keluarga saya.
“Mereka gembira melihat saya berkawan dengan Amira,” katanya.
Selain itu, pelakon drama Keluarga Itu turut menyifatkan Amira sebagai seorang rakan kerja yang baik, dan mereka berdua sangat selesa berkawan rapat.
BACA: “Daddy Rindu” -Fattah Amin Sambut Ulang Tahun Kelahiran Puteri Tercinta Tanpa Di Sisi
“Dia rakan artis dan rakan sekerja yang baik. Tapi, nak cakap lebih pun tak berani. Mesra sebagai teman sekerja,” tambahnya.
Selain itu, Fattah turut mengirimkan doa kepada Amira yang kini berada di Tanah Suci untuk menunaikan umrah.
“Ada saya kirimkan doa kepada dia. Dia pun ke sana di waktu yang sangat terbaik, 10 malam terakhir dan doa mustajab.
Banyak doa saya kirimkan dan Insya-Allah, doanya dimakbulkan,” ujarnya lagi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.