Nama Mimi Fly yang merupakan penyanyi kumpulan One Nation Emcees ini bukan lagi asing dalam industri seni tanah air. Malah, lagu dendangannya iaitu Angkat Kaki dan single raya ‘Serumpun’ baru-baru ini menjadi bualan ramai.
Sekaligus melonjakkan populariti anak seni berusia 38 tahun tersebut.
Mimi Fly Mengaji Al-Quran
Kian melangkah laju merencana karier seni dengan karya unik dan mengikuti ‘selera’ pendengar masa kini, Mimi mula dikenali selepas dia memenangi tempat pertama dalam sebuah rancangan realiti TV peringkat Asia Tenggara ‘Gang Starz’ pada tahun 2008 bersama kumpulannya One Nation Emcees.
Terbaharu, nama Mimi Fly atau nama sebenarnya Shamimi Amalina kembali menjadi sebutan peminat seni apabila dia muncul sebagai tetamu program televisyen Geng Ngaji pada 26 Mac lepas.
Tak dinafikan, ramai yang tergamam dengar suara Mimi mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran. Bahkan Ustaz Tarmizi Abdul Rahman, Ustaz Don Daniyal dan qariah, Ustazah Sofizah Mousin turut memuji bacaan figura ini.
Dalam program televisyen secara langsung itu, Mimi berpeluang mengalunkan surah Jaatiyah Ayat 20-21.
Bukan hanya terkesima dengan bacaannya yang lancar, bahkan penampilan Mimi yang manis berhijab turut meraih tumpuan.
View this post on Instagram
Menerusi ruangan komen, rata-rata rakan artis memuji penampilan sopan Mimi bertudung dan tidak menyangka selebriti ini pandai mengaji Al-Quran.
Selain menyanyi, wanita kelahiran Selangor ini juga berbakat dalam dunia lakonan. Difahamkan, Mimi pernah membintangi sebuah drama kepolisan Gerak Khas.
Semoga kelebihan dan kebaikan yang dimiliki personaliti wanita ini menjadi ikutan ramai untuk sama-sama mendalami ayat-ayat suci Al-Quran kelak.
Mimi Fly Dibesarkan Ibu Tunggal OKU
Di sebalik pencapaiannya sebagai anak seni terkenal tanah air, tersimpan satu lagi kisah inspirasi membabitkan sisi kehidupan Mimi.
Dia yang juga penulis lirik, penggubah lagu dan pereka tari sebenarnya dibesarkan oleh seorang wanita hebat yang tidak hanya berjiwa cekal tetapi juga sangat berdikari.
Kehidupan Mimi yang dibesarkan ibu tunggal Orang Kurang Upaya (OKU) turut menarik tumpuan khalayak. Meskipun berstatus OKU, namun ia bukan halangan buat Ramlah Md Jalee untuk membesarkan anak-anak dan memberi pendidikan yang baik kepada mereka.
Ikon ibu hebat ini turut meraih pelbagai anugerah dan pengiktiradan daripada banyak pihak. Antaranya menerima Anugerah Ibu Gemilang bagi Kategori Orang Kurang Upaya (OKU).
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.