Bagi Ahmad Dhani dan Mulan Jameela, Ramadan adalah masa yang istimewa. Mereka saling berkongsi pengalaman berkaitan menu untuk bersahur dan berbuka.
Ktredit Foto: mulanjameela1
Mulan berkongsi pengalaman pada waktu sahur dan berbuka puasa bersama suami dan anak-anak.
Mulan menjelaskan suaminya bukanlah seorang yang terlalu cerewet dalam soal makan. Apabila tiba waktu sahur, Ahmad Dhani tidak pernah meminta banyak dan sentiasa menikmati hidangan di atas meja makan.
“Dia tak kisah, dia cuma nak apa yang dia ada. Selalunyaa menu kering atau sayur,” kata Mulan Jameela.
View this post on Instagram
Sebaliknya, untuk berbuka puasa, Mulan mempunyai cara tersendiri dalam menyediakan hidangan agar tidak membosankan.
Dia membuat catatan menu setiap minggu agar kepelbagaian makanan yang dihidangkan kekal menarik dan menyelerakan.
Pilihan Menu Berbuka
Mulan menjelaskan setiap minggu dia merakam pelbagai menu untuk menyediakan kelainan dalam hidangan keluarga.
Berusaha Untuk Berbuka Di Rumah Walau Sibuk
Mulan mendedahkan dia dan anak-anaknya sangat menggemaari makanan barat.
Mulan turut menjelaskan antara detik yang ditunggu-tunggu sepanjang bulan Ramadan ialah berbuka puasa bersama keluarga.
Dia cuba sedaya upaya agar dapat meluangkan masa berbuka puasa di rumah, bersama suami dan anak-anak.
“Ya, saya pulang berbuka puasa bersama keluarga. Sehingga kini saya masih berkumpul dengan anak-anak dan suami untuk berbuka puasa bersama-sama. Semoga tahun-tahun berikut rutinnya masih sama,” kongsi Mulan.
BACA JUGA: MULAN JAMEELA Kongsi Hobi Baharu Menunggang Kuda, Penampilan Menawan Raih Pujian
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.